berita

Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki, Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

June 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon Ezzaty Abdullah mendedahkan bahawa pembantu rumahnya warga Indonesia membuat cubaan untuk melarikan diri kerana didakwa ingin mengikut lelaki warga tempatan.

Pembantu rumah larikan diri

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, lebih teruk lagi apabila pembantu rumah terbabit melarikan diri dan meninggalkan dua anak kecilnya yang baru berusia empat tahun dan empat bulan.

Saya dan suami baru sebulan ambil pembantu rumah ini. Bayar kepada agensi sudahlah mahal. Ambil pun sebab kebetulan kami terbabit dengan penggambaran. Jadi, nak kena tolong jaga anak dan bantu apa yang patut di rumah.

Dari awal dia bekerja saya tak ambil telefon bimbit sebab bagi saya ia adalah keperluan masa kini. Lagipun dia ibu tunggal dan ada dua anak di kampung. Jadi, bolehlah dia berhubung dengan keluarganya di sana.

Dalam pada itu, pembantu rumah berkenaan turut memaklumkan kepada Ezzaty bahawa terdapat seorang lelaki menawarnya bekerja di sebuah restoran dengan gaji yang lumayan.

Namun, dua hari lalu dia ada beritahu saya yang mana seorang lelaki ada menawarkannya kerja di restoran dengan gaji RM3,000. Saya cakap jangan cepat percaya takut nanti kena jual dan kerja yang bukan-bukan.

Tergamak tinggalkan 2 orang anaknya

Bimbang wanita berkenaan terpengaruh dengan lelaki tersebut, Ezzaty bertindak melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di rumahnya. Alangkah terkejut apabila dia melihat pembantu rumahnya itu nekad melarikan diri dan meninggalkan dua orang anaknya itu.

Kebetulan di rumah ada kerja pengubahsuaian dapur, jadi saya minta pekerja kontraktor itu tengokkan sebentar anak saya sementara suami sampai ke rumah. Saya pula tak boleh nak pulang sebab hari ini ada banyak babak. Saya di lokasi pun jadi tak tentu arah sebab memikirkan anak. Serabut juga dibuatnya.

Tapi pembantu itu dapat ditangkap tidak jauh dari kawasan perumahan dengan bantuan jiran yang prihatin. Malah mereka juga yang maklumkan perkara ini kepada saya. Sekarang dia sudah di rumah. InsyaAllah, esok saya akan pulangkan semula dia kepada agensi dan minta pengganti.

Difahamkan, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini mengatakan bahawa ia merupakan insiden kali kedua berlaku selepas kejadian seperti itu terjadi beberapa bulan lalu yang turut membabitkan pembantu rumah warga Indonesia.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×