berita

‘Cuba Menerima Poligami’- Isteri Pertama Undur Diri Akibat ‘Makan Hati’

August 30th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Isteri pertama undur diri

Di TikTok, tular satu video dikongsi seorang pengguna bernama Safinatunnajjah Nasir yang memaparkan perjalanan hidupnya selepas dimadukan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berkat 6 Tahun Abang Axia Sabar Menanti Anak, Allah Kurniakan Kembar & Lulus Pengajian Master

Perkahwinan kedua

Menerusi video tersebut, wanita yang berusia 32 tahun itu berkongsi kehidupan berpoligami dalam rumah tangga.

Dikatakan, Fiena sudah berusaha memujuk suaminya agar tidak berkahwin lagi. Tetapi, suaminya memilih untuk meneruskan hubungan bersama isteri keduanya kerana mereka saling menyayangi.

Keadaan tersebut memaksa Fiena untuk membenarkan suaminya berpoligami walaupun jauh di sudut hati dia masih memendam rasa kecewa terhadap suaminya.

Tidak mampu bertahan lama, Fiena memutuskan untuk bercerai dengan suaminya selepas 10 tahun bersama.

Ketika itu saya sudah cuba menerima dia sudah berkahwin semula dan cuba berbaik dengan isteri keduanya, tetapi semuanya sukar.

Sekarang alhamdulillah lebih tenang. Tiada lagi kekecohan dan perselisihan faham.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak menafikan bahawa wanita mudah menerima poligami kerana banyak ujian dan rintangan yang dilaluinya ketika dipaksa berkongsi kasih.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×