berita

Cubaan Samun & Rogol – Tiada Laporan Diterima Polis Kerana Atlet Karate Sabah ‘Takut’

March 7th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

Screen Shot 2017-03-07 at 11.02.13

Semalam viral kisah seorang atlet wanita Sabah hampir dirogol dan disamun oleh dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI). Namun, cubaan terbabit gagal kononnya kedua-dua PATI dibelasah oleh mangsa, Alice Lien Hua hingga koma.

Artikel berkaitan : Akibat Ingin Samun, Akhirnya 2 Lelaki Koma Dibelasah Bekas Karate Sabah

Terbaru, pihak polis Kota Kinabalu menafikan kejadian terbabit.

Tiada laporan tentang kejadian.

Screen Shot 2017-03-07 at 11.21.15Menurut pihak polis, tiada sebarang laporan polis di buat samada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang atau mana-mana Balai Polis Sabah.

Pihak berkuasa juga menyarankan orang awam untuk mendapatkan pengesahan samada sesuatu kejadian benar ataupun tidak daripada pihak berkuasa. Netizen juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sesuatu berita sebelum disahkan pihak berwajib.

Takut nak buat report.

Screen Shot 2017-03-07 at 11.42.04Tapi menurut Alice menerusi Facebooknya, dia memang tidak membuat sebarang laporan polis kerana risau akan dijatuhi hukaman mati.

Sebenarnya saya masih belum membuat sebarang laporan polis kerana takut kes akan dibawa ke mahkamah dan dihukum gantung sampai mati. Sama seperti kejadian sebelum ini, dihukum penjara. Tapi kalau mereka berkeras juga, saya keluar dari negara ini.

Sudah masanya untuk pergi. Sebelum saya pergi, saya harap anda semua faham tindakan saya mencederakan mereka berdua. Ia mampu memberi kesan kepada Sabah dan generasi muda.

#Sabah sentiasa dihati  
Bye Bye
#kopivosian_tohurino
~ ALICE LIEN HUA ~

Kredit : Suara Masyarakat Sabah  & Alice Lien Hua

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×