
Big Tree, peneraju industri pengiklanan luaran (OOH) di Malaysia dan anak syarikat milik Media Prima Berhad, telah menaik taraf aset ikoniknya, CuBig @ KLCC Junction, menerusi pemasangan skrin bertaraf premium yang menawarkan paparan warna lebih terang serta prestasi visual yang dipertingkatkan.
Artikel Berkaitan: Kongsi ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ Dapat Duit RM500! Detik Istimewa Aidilfitri Bakal Terpapar Di Papan Iklan Big Tree
Artikel Berkaitan: Lancar Premium Audio, Skrin Digital Gergasi Big Tree Kini Berdentum Di CuBig @ KLCC Junction
Big Tree
Mercu tanda yang diberi wajah baharu ini turut mencipta impak di pentas pemasaran global apabila menjadi antara medium utama dalam pelancaran siri Galaxy Z oleh Samsung.
Bersempena acara Galaxy Unpacked, Samsung menggabungkan keupayaan skrin CuBig @ KLCC Junction dengan struktur fizikal 3D berskala besar yang direka khas menyerupai Galaxy Z Fold8, sekali gus menghadirkan pengalaman visual yang lebih imersif kepada orang ramai.
CuBig @ KLCC Junction kini terletak di persimpangan Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee yang sentiasa sesak.
Lokasi CuBig @ KLCC Junction yang strategik ini menawarkan demografi sasaran profil tinggi yang terdiri daripada pemimpin korporat, pengguna berpendapatan tinggi, dan pelawat antarabangsa.
Dengan wajah baharu, CuBig @ KLCC Junction kini menjadi platform utama bagi jenama global untuk mencipta detik pelancaran yang lebih bermakna.