berita

Cucu Terima Komen Negatif Netizen, Ini Respon Tun M

December 10th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sabtu lalu, lebih 80 ribu orang berhimpun tanda kesyukuran di atas kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Perhimpunan tersebut diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Serena Mukhriz iaitu cucu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dilihat memuat naik Instagram Story ‘jijik’ dengan peserta anti ICERD yang berhimpun. Dia turut kecewa dan mendakwa Wawasan 2020 hilang kepada ‘mereka’ semua.

‘Sangat mengecewakan’ – Serena Mukhriz

Menjijikkan… saya tidak peduli. Terlalu mengecewakan.

Wawasan 2020 hilang kerana anda semua.

Status yang dimuatnaik Melia Serena yang juga merupakan anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima kecaman daripada orang ramai. Rata-rata tidak berpuas hati dengan pendapat yang diluahkannya itu.

Respon Tun M

Menerusi Harian Metro, Tun Dr Mahathir memberi respon kepada kritikan yang dibuat cucunya.

Beliau bebas untuk memberi komen. Anda boleh bertanya kepadanya.

Secara ringkas, Tun memberitahu cucunya bebas memberi kritikan dan orang ramai boleh bertanya sendiri kepadanya.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×