berita

Cucu Nyaris Kena Culik! Hati-Hati Dengan Taktik Terbaru Penjenayah Menyamar Jadi Driver Van Sekolah

September 5th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Kes penculikan kanak-kanak saban hari semakin meningkat. Pelbagai cara yang digunakan mereka untuk menjalankan modus operandi ini termasuk menggunakan van sekolah bagi mengelirukan mata ibu bapa.

Seperti pengalaman sebenar yang diceritakan Abd Jalil Tahir ini menyaksikan kejadian di depan matanya. Dia terlihat helah yang digunakan sekumpulan penculik dipercayai bangsa Cina yang cuba memperdayakan uncle ini.

Driver bising-bising cakap bahasa Cina

Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi pada jiran betul-betul sebelah rumah. Bukan diambil dari mak saudara, abang ipar mahupun kawan baik. Ini betul-betul terjadi depan mata saya.

Subuh tadi, lazimnya bila lepas kejut anak bangun tidur untuk bersiap ke sekolah saya akan turun ke bawah untuk siapkan sarapan dan bekal sementara tunggu mereka mandi. Saya biasanya akan buka pintu rumah untuk nikmati suasana Subuh yang dingin dan tenang.

Tetapi pagi ini agak berbeza dari pagi-pagi sebelumnya apabila van sekolah berhenti di depan rumah jiran saya. Bila saya tengok jam 6.20 am. Hati saya cuma terdetik, “awalnya van sekolah dia datang pagi ni. Selalunya 6.40 am”. Tapi saya teruskan kerja saya didapur. Kemudian saya dengar suara bising di luar. Saya ke depan untuk jenguk.

Saya dengar driver van sedang bising-bising. Saya tak faham. Sebab mereka cakap bahasa Cina. Bila jiran saya seorang lagi keluar, van sekolah pun beredar.

Saya pun tanya pada Ah Pek tu apa yang terjadi. Kata Ah Pek tu, van sekolah datang nak ambil cucunya. Tapi van tu awal 20 minit. Dia tanya driver kenapa awal. Katanya driver tak tau, boss suruh ambil awal. Van sekolah masih kosong. Selalunya van sudah penuh.

Driver van terus marah

Sebab cucunya trip yang terakhir. Driver van pun muka lain. Dia rasa tak sedap hati. Jadi dia suruh driver ambik budak lain dulu sebab cucunya belum siap. Driver tak mahu. Dia tak mahu patah balik. Dia kata kalau tak mahu patah balik, tak apalah dia akan hantar cucunya ke sekolah. Driver kata dia menyusahkan, dia kata nak buat macam mana, cucunya belum siap. Macam mana nak suruh naik van. Driver terus marah dia. Sampailah Albert (jiran kami) keluar. Van pun pergi cepat-cepat.

Saya cuma angguk kepala. Pukul 6.40 am, van sekolah pun sampai. Saya yang sedang duduk tunggu anak saya sarapan menjenguk keluar. Saya nampak cucunya naik van tersebut. Dan dengar Ah Pek itu bercakap dengan driver van. Saya diamkan saja. Kemudian saya hantar anak saya ke sekolah. Balik dari hantar anak, saya menyapu di luar. Ah Pek datang depan rumah saya.

“Aiya!! You tau ka, tadi saya tanya driver van yang selalu ambil saya punya cucu. Dia ada hantar olang ambik ka, dia kata tarak. Kalau ada, dia akan bagitau satu hari awal. Dia kata itu olang mau kidnap saya punya cucu wo. Dia kata sekalang, olang guna van sekolah untuk kidnap budak! Haiyaa”.

Saya beliakkan mata. Saya tengok orang tua ini tak habis-habis geleng kepala sambil menadah tangannya yang penuh urat dan tinggal tulang itu ke langit. Ya Allah.. nasib Allah beri orang tua ini akal. Kalau tidak…

Pada mereka yang hantar anak-anak menaiki van, pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari. Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak-kanak. Ya Allah… peliharalah anak kami. Hati-hati kepada yang ada anak-anak.

Sumber: Abd Jalil Tahir