Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun menemui ajal dipercayai akibat ditikam oleh cucunya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil, pada Selasa.

Artikel Berkaitan: Petani Ditahan Perk*sa Wanita OKU, Polis Tolak Alasan ‘Suka Sama Suka

Maut ditikam

Foto: Kosmo

Memetik laporan Harian Metro, suspek turut didakwa menyerang moyangnya sendiri (ibu mangsa) yang berusia dalam lingkungan 80 tahun sehingga mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai insiden berdarah tersebut sekitar jam 7 malam yang melibatkan dua mangsa wanita.

Suspek adalah cucu kepada mangsa berusia 65 tahun yang meninggal dunia, manakala mangsa yang cedera pula berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati.

Suspek adalah seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual disyaki mengamuk dan menyerang si mati dan mangsa dengan senjata tajam.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Baling pada pagi Rabu untuk proses reman.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh. 

Sumber: Harian Metro