berita

Cukup Lemak & Sedap, Korang Patut Cuba Cheese Cake 3 Bahan Yang Serius Sedap Ini!

January 16th, 2020 | by Amirul Asraf
MyResipi

Kalau sebut sahaja cheese cake, pasti korang terbayang keenakan rasanya yang cukup lemak dan sedap. Tidak hairanlah kalau kek tersebut dijual dengan harga yang agak mahal jika dibandingkan dengan kek yang lain.

Kali ini kami kongsikan resepi cheese cake tiga bahan yang mudah dan sedap. Yang pastinya mesti satu rumah suka. Barulah meriah petang korang!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan:

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat Manis
  • 3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali hendak cuba. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Cara-caranya

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

4. Campurkan Semua Bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang Dalam Loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

Cara bakar secara ‘waterbath’

6. Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap. Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven. Memang gebu dan lembut!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ain Ridzwan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×