berita

‘Cukup Untuk Dapat Makan Nasi Kosong’ – Warga Emas Ambil Upah RM10 Kemas Dua Rumah Seharian

August 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memang tidak dinafikan, pandemik Covid-19 ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam bagi golongan yang kurang berkemampuan khususnya mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk meneruskan kehidupan harian.

Seperti kisah sedih yang dikongsikan oleh Aisyah Shahid di Twitter, seorang warga emas terpaksa mengambil upah mengemas dua buah rumah seharian bagi meraih RM10 sehari.

Beratnya ujian aunty

Beberapa hari lepas, waktu agihan bantuan dijalankan, team sukarelawan kami ternampak aunty ni dalam perjalanan pergi kerja. Kami maklumkan pada aunty yang kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat. Aunty pun ajak kami masuk. Sempatlah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi. Kami ingatkan satu rumah yang aunty tu bersihkan untuk dapat upah RM10, rupanya dua rumah. Allah sedihnya.

Menurut Aisyah, dia dan beberapa orang sukarelawan yang lain terserempak dengan warga emas ini semasa sesi pengagihan bantuan dilaksanakan. Ujar Aisyah, warga emas ini hanya mengambil upah serendah RM10 sahaja untuk mengemas dua buah rumah. Semasa sesi menyerahkan bantuan, warga emas yang mahu dikenali sebagai ‘aunty’ ini sempat menunjuk bekal nasi yang sering dibawanya semasa bekerja, Ujar aunty, dia hanya makan nasi kosong dan garam sebagai perasa sahaja.

Telur pun tak ada

Aunty ni baik sangat, ramah dan bahasa melayunya pun fasih. Dalam usia yang dah senja, masih lagi terpaksa kerja. Bukan untuk jadi kaya, cukup untuk dapat makan nasi sehari dua. Aunty ni sempat tunjuk bekalan yang dia bawa. Sedihnya bila dikenang semula. Nasi kanji dan garam sahaja buat perasa. Telur pun tak ada. Jangan kata ayam, daging atau ikan.

Di akhir perkongsian tersebut, Aisyah meluahkan rasa sedih dan simpati tatkala mengenang nasib warga emas tersebut. Sebagai manusia, Aisyah faham mengenai situasi semasa dan berharap semua pihak dapat membantu antara satu sama lain. Ini kerana, masih ramai lagi individu di luar sana yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan.

Tolong jadi baik untuk semua orang di sekeliling. Jaga tutur kata, perangai dan kalau mampu bantu, please bantu mereka.

Sumber: Aisyah Shahid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×