berita

“Cukuplah Koleksi Botak” – Rossa Berkongsi Soal Teman Lelaki

September 14th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada tanggal 13 September 2012 semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran album Rossa berjudul “The Best Of Rossa” bertempat di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Rossa sendiri dan penyanyi Hip Hop tempatan, Joe Flizzow.

Sewaktu bersama Rossa semalam, penyanyi genit ini sempat mengaku yang kini dirinya sedang mempunyai teman lelaki tetapi dia tidak mahu mendedahkan identiti sebenar lelaki tersebut.

“Ya, saya memang ada teman lelaki di Indonesia, umurnya sekitar 30 an. Tapi saya tidak mahu ceritakan semuanya, cukuplah saya katakan dia seorang yang bujang dan kami cukup mengenali antara satu sama lain.”

Namun begitu, ketika pihak media mengajukan soalan, betulkah Rossa telah membawa teman lelakinya bertemu dengan keluarga, termasuklah anaknya Rizky Langgit Ramazan seperti yang dilaporkan oleh pihak media Indonesia bulan lalu. Dengan tersenyum Rossa memaklumkan bahawa itu adalah perkara biasa baginya untuk mengenalkan kesemua teman-teman rapat kepada keluarga. Jadi itu bukanlah perkara asing dan tidak menjadi masalah baginya dan keluarga.

“Teman-teman yang saya bawa berjumpa keluarga bukanlah yang benar-benar istimewa. Sememangnya saya senang bila keluarga tahu saya berkawan dengan siapa dan semua teman rapat saya kenalkan pada keluarga. Jadi, itu bukanlah perkara pelik bagi kami,” ujar pelantun lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ini.

Merujuk kepada keistimewaan teman lelakinya sekarang, Rossa akui terdapat keserasiannya antara mereka dan dia senang berteman dengan lelaki tersebut.

“Cukuplah koleksi botak sebelum ini. Teman yang ini saya rasakan ada keserasian dan saya senang berteman dengannya. Lagipun Rizky (anak) memang gembira dengan siapa saja saya berteman. Tapi bukanlah sampai ingin bernikah,” ujar Rossa sambil tergelak.

Untuk perkembangan terbaru, pada bulan Oktober akan datang, Rossa bakal mengerjakan ibadah Haji buat kali pertama setelah tiga tahun mengerjakan ibadah umrah secara berturut-turut.

SKIP THIS AD ×