berita

‘Cukuplah Sampai Sini Ya’ – Ebit Lew Maafkan Semua, Tak Mahu Panjangkan Isu Bantuan

July 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew (UEL) di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal itu mengatakan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang telah memfitnah serta menjatuhkannya.

Artikel berkaitan : ‘Itu Adalah Fitnah & Melampau’ – Ebit Lew Nafi Bayar Mahal Nak Masuk Gaza

Artikel berkaitan : ‘Tuan Puan Patut Check Dia, Bukan Saya’ – Ebit Lew Minta Nadir Perincikan Duit Sumbangan Gaza

Artikel berkaitan : ‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew

‘Kita semua sebuah keluarga’

Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, b*b*, b*d*oh, penunggang, dan lain-lain. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

Ujarnya lagi, dia turut memaafkan kepada sesiapa yang telah menyakitkan hati Allahyarham bapanya, isteri dan anak-anaknya serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkara berkenaan secara langsung mahupun tidak kerana niatnya hanya untuk menjelaskan segala tuduhan terhadap dirinya.

Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah COVID-19 ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita.

Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung adalah syaitan.

Di akhir posting berkenaan, UEL mengatakan bahawa cukuplah perkara itu sampai sini dan dia meminta agar orang ramai mendoakannya.

Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.

Sumber : ebitlew

SKIP THIS AD ×