
Pempengaruh Aireena Sofia menafikan dakwaan segelintir individu yang mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya, Haqiem Stopa.
Artikel Berkaitan: Aireena Sofia, Haqiem Stopa Sudah Berbaik – ‘Dah Maafkan Tapi Tak Mampu Lupakan’
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Jadi Mummy Terbaik Untuk Aha..Carilah Kebahagiaan, Awak Berhak Bahagia’ – Haqiem Stopa
Aireena Sofia block Haqiem Stopa

Menerusi hantaran di Threads, Aireena memaklumkan bahawa dia tidak pernah menghantar sebarang gambar kepada mana-mana pihak seperti yang didakwa.
Menurutnya, dia juga sudah menyekat bekas suaminya dan berharap orang ramai tidak lagi mengaitkan namanya dengan cerita yang tidak benar.
Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menghantar sebarang gambar kepada sesiapa dan saya tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa cerita yang tidak benar.
Saya juga telah block dia. Jadi, saya harap tiada siapa yang cuba mencari, stalk atau mengganggu privasi saya.
Dalam masa sama, Aireena berkata segala urusan di antara mereka selepas ini hanya hal berkaitan anak. Dia turut berharap agar Haqiem menghormati privasinya dan tidak menjadikan dirinya sebagai kandungan di media sosial.
Jika ada apa-apa perkongsian, cukuplah sekadar urusan kita berdua berkaitan anak sahaja. Jangan jadikan saya sebagai bahan content atau mencipta sebarang cerita tentang saya.
Saya memilih untuk diam bukan kerana saya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi kerana ketenangan dan ibadah saya jauh lebih penting ketika ini. Hormatilah privasi dan ruang yang saya minta.
Terdahulu, Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: Threads Aireena Sofia







