berita

‘Cuma Kita Kena Belajar Juga, Gurauan Macam Itu Agak Sensitif Di Mata Masyarakat’ – Azmi Saat

October 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pengacara All Stars Gegar Vaganza iaitu Jihan Muse menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara keterlanjurannya ketika mengacarakan program tersebut pada hari Ahad yang lalu.

Jihan dilihat mempersendakan nama bapa vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat.

Artikel Berkaitan: Netizen Mohon Naqiu Contohi Tomok, Pandai Jaga Tingkah Laku – ‘Jangan Halalkan Benda Yang Haram’

Artikel Berkaitan: ‘Vince Betul-Betul Ingatkan Saya Pada Anak Yang Dah Tak Jumpa Lebih Setahun’ – Aishah

Memang dah agak

Berikutan daripada itu, Azmi memberitahu dia boleh agak isu ini akan timbul apabila Jihan mempersendakan nama bapanya secara umum.

Waktu mula-mula Jihan cakap, saya ada di belakang pentas dan baru nak masuk. Saya dengar dan memang dah agak dah. Bahaya ni sebab pernah jadi kes sebelum ini kan. Apabila nama ayah dibuat main, akan jadi kecoh. Dalam hati saya tak ada rasa marah. Sebab saya kenal Jihan. Jadi tak ada rasa marah.

Tambah Azmi, dia tidak berasa marah pada waktu tersebut kerana sudah mengenali Jihan.

Semua orang tahu nama ayah tak boleh buat main. Saya tak ada rasa marah malah, Jihan ada mesej saya dan minta maaf. Cuma, kita kena belajar jugalah gurauan macam itu agak sensitif di mata masyarakat kita. Malah setiap orang bangga dengan nama ayah dia kan. Jadi kalau kita buat main nama ayah itu memang orang tak suka.

Sebenarnya gurauan sebegitu dengan orang kita kenal tiada masalah, macam saya dengan Nabil kami bergurau bersama.

Ujar Azmi lagi, masyarakat hari ini sangat bagus dan mereka tidak boleh menerima apabila orang kelainan upaya dipermainkan seperti itu.

Tak boleh saya nafikan bila dia terjadi pada umum penerimaan orang ramai memang dia tak suka orang oku seperti saya dipermainkan. Macam kawan-kawan saya kata, kalau orang normal itu tahu macam mana susahnya jadi oku mesti mereka tak sampai hati nak bergurau. Jadi ramai tak suka apabila orang oku dibuat main.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi teguran buat Jihan agar menjaga sensitiviti dan perasaan orang lain tatkala melakukan tugas.

Sumber: H Live

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×