berita

Cuma Koyak Dan Makan, Sardin Mesra Pengguna Ini Jadi Rebutan Ramai Di Pasaran

November 13th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Betul ke orang bujang je yang makan nasi dengan lauk sardin ni? Eh, jangan tak tahu. Suri rumah pun kalau suami dah cakap nak makan sardin, dia masakkan jugak la. Sayang punya pasal. Hehe.

Sekali sekala, tekak nak jugak makan sardin. Sedap jugak kan? Kalau pergi camping pun mesti bawak sardin. Kali ni admin terjumpa satu jenama sardin keluaran tempatan yang mesra pengguna. Korang mesti nak tahu jugak kan?

Sardin VIRAL, 100% keluaran bumiputera Islam

Admin pun baru tahu pasal ni. Sebab tu nak kongsi kat korang. Sardin VIRAL daripada syarikat D’Era Pouch ni merupakan pengeluar Produk Makanan Sedia Dimakan (MRE) Bumiputera. Bukan sardin biasa-biasa!

Dijamin halal ke Sardin VIRAL ni?

Kalau korang nak tahu, Sardin VIRAL ni 100% keluaran bumiputera Islam. Kilang mereka juga mempunyai akreditasi HACCP, ISO22000, HALAL dan MESTI. So, korang tak payah risau! Dijamin halal dan bersih okay?

Senang sangat, cuma koyak & makan!

Admin dah bagitahu awal-awal yang Sardin VIRAL ni mesra pengguna bukan? Paling unik pasal Sardin VIRAL, korang tak perlukan pembuka tin langsung. Koyak je, lepas tu boleh terus makan. Nyum!

Sardin VIRAL ni guna ikan sardin tempatan. Bukan import ikan sardin dari luar negara tau. Macam la admin tak tahu yang korang ni sangat berhati-hati bab makanan. Dijamin selamat punya.

Tiada bahan pengawet dan perisa tambahan

Dalam Sardin VIRAL ni ada bahan pengawet tak?

Admin dah agak, korang mesti tertanya-tanya pasal bahan pengawet. Maklum la cuma koyak dan makan. Risau jugak entah banyak mana bahan pengawet yang ada. Tapi Sardin VIRAL ni tak ada bahan pengawet ya. Fuh!

Lagi satu, Sardin VIRAL ni tak ada bahan perisa tambahan. Walaupun tiada bahan pengawet dan perisa tambahan, korang mesti terkejut bila dah makan Sardin VIRAL ni. Memang terbaik!

Sardin dengan sos tomato citarasa tempatan

Korang mesti pernah beli sardin tapi tak pasal-pasal ada bau tak sedap kan? Admin pernah. Bila makan tu, bau macam ikan lama. Eee. Nak makan pun jadi tak berselera la!

Tak apa. Lepas ni tak perlu risau pasal bau hanyir bila makan sardin. Korang pilih je Sardin VIRAL ni. Memang pilihan tepat. Dah la tak berbau hanyir, sedap pula tu. Mengandungi sos tomato yang diadun sendiri dan bercitarasa tempatan. Patutlah sedap!

Sesuai untuk korang yang minat aktiviti outdoor

Ada antara korang yang suka aktiviti outdoor seperti camping, hiking, picnic dan sebagainya? Korang patut masukkan Sardin VIRAL ni dalam list barang korang. Sebab ia mudah disediakan. Koyak dan makan je.

Dalam 1 paket sebanyak 425gram ni, ada 5 hingga 7 ekor ikan. Cukup la untuk satu keluarga makan. Korang memang patut cuba Sardin VIRAL ni. Dah cuba, mesti nak repeat nanti. Percaya la cakap admin.

Sardin VIRAL akan berada di MAEPS Serdang nanti

Kalau nak tahu, event MAHA 2018 akan diadakan bermula 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018 di MAEPS Serdang. Sardin VIRAL akan berada kat situ nanti. Jangan lupa datang okay?

Mana nak dapat Sardin VIRAL ni? Korang boleh dapatkannya di Pasaraya Hypermarket Mydin yang berdekatan. Dah mula dijual kat situ dari bulan Oktober 2018 lagi. Sardin VIRAL juga ada dijual di pasaraya AEON, pasaraya Family Store, ST Rosyam Mart, YapeimSmart, CS dan pasaraya-pasaraya terkemuka yang lain.

Kalau nak beli online, klik je link kat bawah ni. Lagi senang.

Kalau korang tak yakin, boleh try usha Facebook Sardin VIRAL kat bawah ni. Jangan lupa share kat family dan member korang yang minat sardin. Ingat, cuma koyak dan makan. Sedap gila baq hang!

SKIP THIS AD ×