berita

“Curang? No More!”- Ini 7 Rahsia Untuk Pasangan Kekal Setia

May 22nd, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

buat lelaki setia

Curang? Eh makin banyak pula kan kes curang sejak kebelakangan ni. Kita yang perempuan ni mesti rasa macam was-was je nak bercinta. Tapi curang ni tak boleh nak salahkan sebelah pihak je. Mungkin ada sebab-sebabnya juga kan?

Kita pun kena ada usaha untuk make sure pasangan kita tak beralih hati. So sis Katy nak share rahsia yang korang boleh guna untuk make sure pasangan korang kekal setia gitchu!

1. Jual Mahal

jual mahal

Haa sebelum korang decide nak bercinta, korang kenalah acah-acah jual mahal. Buatlah si dia tu terkejar-kejarkan korang. Lelaki biasanya akan lebih setia kalau dia susah nak dapatkan korang. Try lah!

2. Jaga Jarak

jangan lah dating selalu

Ni kira point penting juga tau! Bila dah in-relationhip korang kenalah jaga jarak hubungan korang. Jangan asyik nak dating je, takut nanti cepat bosan pula. Lelaki ni memang dia cepat bosan. So girls, jangan nak clingy sangat okay!

3. Pentingnya Si Dia

si dia adalah penting

Korang kena tunjukkan kat si dia yang korang memang memerlukan dia dalam hidup. Supaya si dia dapat merasakan yang dia tu penting dan terasa dihargai. Tapi kalau terpaksa berpisah, nak buat macam mana kan. Takdir!

4. Surprise!

surprise kan si dia

Surprise ni tak semestinya untuk perempuan je tau! Lelaki pun boleh juga dapat surprise daripada gf dia sendiri. Kadang-kadang walaupun surprise tu benda kecil tapi benda tu mewarnai hubungan korang.

5. Boyfriend = Best Friend

jadikan dia bff

Selain sebagai boyfriend, jadikan si dia macam best friend korang juga. Korang ceritalah apa-apa pun kat dia. Mesti  dia rasa yang korang dah letakkan kepercayaan kat dia. Sebenarnya lelaki ni pendengar yang baik, silap-silap boleh ajak bergosip lagi!

6. Yakinkan Diri Dia

yakinkan si dia

Biasanya pasangan yang curang ni sebab diorang tak yakin dengan komitmen yang korang buat. So kalau korang serious, korang yakinkan si dia yang korang dah sediakan ruang untuk dia di masa hadapan.

7. Berubah Ke Arah Kebaikan

perubahan yang membawa kebaikan

Kalau korang risau yang si dia tu beralih hati, perbaikilah kekurangan korang sendiri. Sebelum dia tegur korang untuk berubah, baik korang berubah terlebih dulu. Jangan buat diorang tawar hati. Bahaya!

done

Yay Sis Katy done share rahsia untuk make sure pasangan korang setia. Kalau korang dah buat apa yang Sis Katy share ni, tapi si dia curang jugak maknanya dia yang bermasalah. Dia memang tak layak untuk korang. Eh buat apa simpan trash! Move on je!

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini