berita

Curi Mata Wang Kripto Datuk A. Aida, Mas Khan Didenda RM17 Ribu

July 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon popular Mas Khan telah disabitkan kesalahan mencuri mata wang kripto milik penerbit filem Datuk A. Aida yang bernilai RM213,805. Memetik laporan Harian Metro, dia telah didenda sebanyak RM17000 atau bakal berdepan hukuman penjara selama 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur.

Penjara 26 bulan jika gagal bayar denda

Menurut Majistret Farah Nasihah Annuar telah menjatuhkan hukuman terhadap Mas Khan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes kali ketiga. Pertuduhan pertama, dia didenda RM7000 atau penjara 12 bulan manakala untuk kesalahan kedua, dia telah didenda sebanyak RM10000 atau penjara 14 bulan.

Curi lebih RM200000

Mengikut rekod pertuduhan pertama dan kedua, dia telah didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik Datuk A. Aida bernilai RM59804.15 dan RM154000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur pada Mac 2019.

Dia telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohon denda minimum

Sebelum ini, dia yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon agar denda minimum dikenakan atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga serta telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon agar hukuman setimpal dikenakan agar dijadikan pengajaran serta mengambil kira jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah tinggi iaitu melebihi RM200000.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×