berita

Curi Motor Tepi Jalan, Lelaki Pecut Tinggal Anak

August 11th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia bertindak meninggalkan anaknya ketika mencuri sebuah motosikal di tepi jalan tular di media sosial.

Curi motosikal tapi anak tertinggal

Menerusi video yang dimuat naik oleh Terang Media di Instagram, memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya sedang berjalan di bahu jalan yang agak sesak.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Pematang Siantar, Sumatera Utara, Indonesia. Lelaki terbabit kemudiannya meluru ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum bertindak mencurinya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu secara tidak sedar telah meninggalkan anaknya. Kanak-kanak itu seperti keliru dengan aksi bapanya yang menaiki motosikal terbabit, namun meninggalkannya begitu sahaja.

Menurut keterangan kanak-kanak yang ditinggalkan itu, pelaku adalah bapanya dan rumah mereka terletak 200 meter daripada lokasi dia mencuri.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang berada di situ cuba untuk mengejar pencuri yang melarikan motosikalnya, namun tidak berjaya. Susulan daripada kejadian itu, kanak-kanak malang yang ditinggalkan oleh bapanya itu dibawa masuk ke dalam sebuah rumah penduduk untuk disoal siasat.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TERANG MEDIA (@terang_media)

Sumber : terang_media, Suara.com

SKIP THIS AD ×