berita

Cuti Akhir Tahun 2019 Lebih Bermakna Dengan Klook, Promosi Malaysia Year End Sale Kaw Habis

December 18th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Dalam tak sedar, kita dah pun dekat penghujung 2019. Mesti korang ada lagi baki cuti yang nak kena habiskan sebelum masuk 2020 kan? Haa.. Kalau korang planning nak bawa famili atau ajak member elok start dari sekarang sementara tengah ada sale. 

Ehh.. Tapi, kat mana yang ada sale tu? Meh, usha kat sini!

Promosi Malaysia Year End Sale oleh Klook memang onz!

Kredit: Klook

Kalau korang nak dapatkan tiket yang murah dan senang digunakan, cari kat Klook je. Lagi menarik, Klook tengah buat promosi Malaysia Year End Sale dengan #JustKlookIt. Promosi ni sehingga 31 Disember 2019 je tau.

Kalau korang nak tahu, Klook merupakan satu platform tempahan percutian dengan pilihan lebih 100,000 aktiviti di 350 destinasi. Korang boleh dapatkan tiket masuk, tour, tiket kereta api, wifi, simkad, dan banyak lagi di Klook. Murah dan berbaloi!

Kredit: Klook

Dengan Klook, korang boleh tempah tiket sebelum, semasa, malah tempahan last minute pun boleh. Paling best, tak payah susah-susah beratur untuk beli tiket masuk. Scan je kat pintu masuk dan korang boleh enjoy! Semuanya korang boleh save dalam smartphone je. Mudah!

Apa je promosi yang ada untuk #JustKlookIt ni? Korang takkan jumpa promosi macam ni kat tempat lain. Memang hebat beb. Kami pun tak tahan tengok.

  • Potongan RM100 untuk semua aktiviti dengan perbelanjaan minimum RM1,000 setiap tempahan.
  • Potongan RM250 untuk semua aktiviti dengan perbelanjaan minimum RM1,500 setiap tempahan.
  • Pengguna baru Klook akan mendapat potongan 20% dengan diskaun dihadkan pada RM50.
* Semua promosi sah untuk semua aktiviti kecuali tiket Universal Studios Japan, pas ekspres, Swiss Travel Pass atau Swiss Half Fare Card dan tiket JR Pass. Tertakluk pada terma dan syarat.

Macam mana? Korang mesti dah tertarik dengan promosi ni kan. Disebabkan banyak sangat pilihan di Klook, kami pun bermurah hati nak rekomen tiket terbaik yang korang boleh grab sekarang. Dalam dan luar negara pun ada. Confirm puas hati!

1. Malaysia: Tiket Kereta Api KLIA Ekspres, Sunway Lagoon & Aquaria KLCC

Kredit: Klook

Nak tahu satu rahsia? Selain beli di kaunter, ada cara lain untuk beli tiket kereta api KLIA Ekspres. Bukan setakat harga lebih murah, nak beli last minute pun boleh! Caranya? Korang beli kat Klook, guna e-tiket dan scan kat pintu masuk. Senang gila!

Kredit: Klook

Cuti ni pergi Sunway Lagoon best jugak! Dengan 6 zon bertema, Sunway Lagoon salah satu tempat paling femes dan selesa untuk dikunjungi bersama keluarga. Korang patut cuba pergi ke Taman Bertema Nickelodeon Pertama di Asia, mesti enjoy punya!

Kredit: Klook

Sambil belajar, sambil enjoy, Aquaria KLCC memang pilihan tepat untuk bawak anak-anak berseronok. Sebagai akuarium terbesar dan menjadi top 5 di Asia, korang boleh rasai pengalaman berada dalam terowong 90 meter dalam laut. Fuh!

Kena beratur untuk beli tiket? Tak perlu! Korang hanya perlu tunjukkan e-tiket di Klook dan terus masuk. Mudah bukan?

Kredit: Klook

Mencari pengembaraan yang tidak jauh dari Malaysia? Jom ke Singapura!

2. Singapura: Universal Studios Singapore & Gardens by the Bay

Kredit: Klook

Universal Studios Singapore adalah salah satu tarikan pelancong paling popular di Asia. Ajak family korang datang sini. Tak payah beli tiket di kaunter sebab Klook ada promosi menarik. Paling best, ia lebih murah daripada harga asal!

Pada korang yang sukakan keghairahan, boleh try naik Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYCLON ™. Kalau tak nak tunggu lama untuk naik ride, boleh beli Pass Universal Express. Paling penting, dengan Klook, korang hanya perlu tunjuk dan imbas e-tiket. Jimat masa dan wang!

Kredit: Klook

Bagi nature lover, korang tak boleh lepaskan peluang untuk ke Gardens by the Bay. Nikmati pemandangan hutan seluas 35 meter yang indah dan air terjun dalaman di tengah-tengah Singapura. Cantik gilo! Nak tahu satu lagi sebab korang patut beli tiket ni kat Klook?

Kredit: Klook

Ada event menarik iaitu Christmas Wonderland@Gardens by the Bay sehingga 26 Disember 2019 tau. Klook merupakan rakan kongsi tiket rasmi untuk event ini. Pre-book tiket korang untuk dapatkan diskaun early bird! Imbas baucar Klook korang kat pintu masuk dan bersedia untuk raikan Krismas yang stylo. Yay!

Kredit: Klook

Selain tu, kalau korang tunjuk aplikasi Klook kepada pembantu Santa di gerai Carol-oke, korang boleh nyanyi lagu Krismas favourite korang. Jangan lupa record dan share di Facebook atau Instagram dengan hashtag #klookcaroloke. Korang boleh memenangi beberapa kredit Klook untuk percutian seterusnya!

3. Korea: Everland, Lotte World & Tiket Kereta Api AREX Ekspres

Kredit: Klook

Kredit: Klook

Nak pergi taman tema best kat Korea? Kami rekomen Everland! Korang akan kagum dengan dunia safari mereka. Boleh tengok haiwan dengan jarak dekat. Tak payah risau kalau lapar sebab gerai makanan merata tempat. Kat sini, banyak ride yang korang boleh naik dengan family. Seronok!

Kredit: Klook

Kredit: Klook

Lotte World pun tak kurang hebatnya. Kat sini banyak persembahan, pameran dan rides. Wajib bawak family datang sini. Jangan lepaskan peluang untuk beli tiket kombo di Klook dan lihat sendiri Ocean Ecology Tank: Lotte World Aquarium terbesar di dunia!

Kredit: Klook

Bagi korang yang fly ke Seoul dan mendarat di Incheon International Airport, jangan lupa dapatkan tiket kereta api AREX Ekspres kat Klook. AREX Ekspres merupakan direct train dari lapangan terbang ke pusat bandar. Macam KLIA Ekspres jugak.

4. Jepun: Universal Studios Japan, teamLab Borderless & kimono dress up

Kredit: Klook

Pergi Jepun kalau tak berseronok kat Universal Studios Japan memang tak sah. Banyak permainan yang korang boleh cuba. Peminat Harry Potter mesti suka dengan The Wizarding World of Harry Potter. The Flying Dinosaur pun boleh tahan menarik!

Kredit: Klook

Kalau korang sukakan grafik yang cantik dan kreatif, boleh pergi ke teamLab Borderless. Korang akan terpukau dengan keunikan dan kecantikan grafik kat sini. Tengok depan mata, macam tak percaya. Lagi murah kalau beli kat Klook wei. Serius superb!

Kredit: Klook

Pernah terfikir macam mana orang Jepun pakai kimono? Dengan Klook, korang boleh try kimono dress up sewaktu bercuti di Jepun. Feeling macam orang Jepun yang real. Memang comel la.

5. Australia: Phillip Island Nature Parks & Blue Mountains

Kredit: Klook

Korang yang nature lover mesti suka pergi Australia kan? Admin suggest korang datang ke Phillip Island Nature Parks, tengok penguin parade yang comel-comel. Haiwan lain seperti koala dan anjing laut pun ada. Memang puas hati la.

Kredit: Klook

Kalau nak explore view pergunungan yang cantik, boleh la ke Blue Mountains. Pemandangan Blue Mountains dengan menaiki cable car memang menakjubkan. Udara pun segar dan nyaman. Sangat syok!

6. Eropah: Eurail Global Pass, Louvre Museum & Casa Batllo

Kredit: Klook

Kalau Jepun terkenal dengan JR Pass, Eropah tak kurang hebatnya dengan Eurail Global Pass. Korang boleh travel di Eropah sepuas-puasnya. Pas ni membolehkan korang untuk naik kereta api beberapa kali dalam sehari. Korang boleh dapatkan pas ni dengan mudah kat KlookBest!

Kredit: Klook

Peminat seni lukis, korang patut pergi ke Louvre Museum. Terkenal sebagai muzium seni terbesar di dunia, ia juga paling ramai dikunjungi oleh pelancong di Paris. Queue memang panjang tapi tak ada masalah kalau korang beli tiket kat Klook. Terus masuk je.

Kredit: Klook

Suka tengok seni bina yang cantik dan unik? Boleh la melawat Casa Batllo. Kalau korang nak tahu, ia merupakan salah satu karya arkitek terkenal, Antoni Gaudi. Bila masuk, korang akan rasa seperti berada dalam dunia fairy tale. Sangat kreatif!

Banyaknya tiket murah di pelbagai lokasi! Rambang mata dibuatnya. Luangkan la masa untuk enjoy dengan keluarga korang cuti ni. Nak-nak tengah cuti sekolah ni, memang waktu yang tepat untuk korang rebut promosi tiket yang ada kat Klook.

Tunggu apa lagi? Jom tempah tiket murah-murah kat Klook sekarang! Boleh ke laman web https://www.klook.com atau muat turun aplikasi di Google Play atau App Store untuk tempahan ya. Jom bercuti!

SKIP THIS AD ×