berita

Dada Diraba Peminat & Dirogol Pencuri, DJ Soda Kata Jangan Salahkan Penampilan Seksi

August 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

DJ dan model terkenal iaitu Hwang So Hee atau lebih mesra dengan panggila DJ Soda mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ketika membuat persembahan, baru-baru ini.

DJ Soda diraba

Menerusi perkongsian di Instagram, DJ Soda memaklumkan dia diraba ketika dia sedang berinteraksi dengan peminat selepas membuat persembahan di Music Circus Festival di Osaka, Jepun.

Wanita berusia 30 tahun ini turut berkongsi foto yang menunjukkan salah seorang peminatnya melakukan  gangguan seksual terhadapnya.

Saya sangat terkejut dan takut. Sekarang saya sudah berada di hotel tetapi saya masih rasa takut. Saya tidak pernah berdepan dengan situasi seperti ini sepanjang 10 tahun saya menjadi DJ. Saya berasa sangat malu dan terhina, malah saya tak percaya perkara seperti ini berlaku kepada saya.

Pernah dirogol

Tidak terhenti di situ, DJ Soda turut berkongsi pengalaman hitamnya dengan membuat pengakuan pernah dirogol oleh pencuri ketika berusia enam tahun. Ujar pemuzik berasal dari Korea Selatan ini lagi, disebabkan kejadian itu, dia mengalami trauma dan terpaksa merahsiakannya selama bertahun-tahun.

Saya mengalami gangguan seksual ketika di acara Spectrum Festival Korea pada 2018 oleh seorang VIP. Saya cuba mencari identiti individu itu namun terpaksa mendiamkan diri. Saya telah dicabul beberapa kali sepanjang hidup.

Sementara itu, DJ Soda akui kecewa kerana penampilan seksi dikatakan punca dia menjadi mangsa gangguan seksual.

Sumber: Koreaboo

SKIP THIS AD ×