Kumpulan terkenal Indonesia, Dadali Band mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur pada Julai depan.

Artikel Berkaitan: Dadali Band Sempat Rakam MV Terakhir Sebelum 2 Ahli Maut Dijangkiti Covid-19

Artikel Berkaitan: 2 Ahli Dadali Band Meninggal Dunia Sebab Covid-19

Khas buat peminat galau

Kurang daripada sebulan, peminat muzik balada dan pencinta lagu penuh emosi bakal dimanjakan dengan persembahan penuh istimewa oleh kumpulan pop galau itu.

Konsert bertajuk ‘Sebuah Kisah Volume 1’ bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Julai 2025, bermula 9:00 malam hingga 11:00 malam.

Dadali yang terkenal sebagai ‘King of Sad Songbakal membawakan rangkaian lagu-lagu hit yang sinonim dengan kisah patah hati dan harapan cinta, antaranya Disaat Aku Mencintaimu, Disaat Aku Tersakiti, Disaat Sendiri, dan Sebuah Kisah.

Lebih menarik, konsert tersebut akan menampilkan penampilan khas penyanyi tersohor Malaysia, Ronnie Hussein yang pasti akan menambahkan lagi kemeriahan malam tersebut.

Konsert ini dijangka menjadi medan luahan perasaan dan kenangan buat para peminat mereka di Malaysia.

Para peminat boleh melakukan pembelian tiket menerusi laman web www.myticketempire.com dengan harga bermula RM188.

Tidak hanya itu, tiket juga boleh dibeli menggunakan kemudahan Buy Now, Pay Later melalui Atome, SPayLater, dan Grab PayLater.

Sebarang mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Cipot di talian 019-2794499 atau email [email protected].