
Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri memilih untuk tidak memberi sebarang komen berkaitan isu membabitkan bekas abang iparnya, Datuk Jovian Mandagie yang diperintah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Artikel Berkaitan: Jovian Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri
Artikel Berkaitan: Jovian Gagal Bayar ‘Friendly Loan’, Mahkamah Tinggi Arah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat
Dafi enggan komen

Ketika ditemui OhBulan!, Dafi atau nama lengkapnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, berkata dia tidak mengetahui secara mendalam situasi yang dihadapi bekas abang iparnya itu.
Perkara itu saya tak boleh komen sebab saya tak pasti situasi dia (Jovian).
Lagipun saya jarang berhubung dengan dia.
Jadi saya tak berapa tahu sangat tentang perkara itu.
Pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu turut menegaskan bahawa dia memilih untuk tidak melibatkan diri dalam urusan berkaitan politik atau isu-isu seumpamanya.
Saya mengambil pendekatan untuk tidak membabitkan diri atau mengambil tahu berkaitan politik sebab itu bukan dunia saya.
Dafi berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala filem Martabat: Misi Berdarah di MidValley pada Selasa.
Bagaimanapun, Dafi berharap Jovian akan memberi kerjasama kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan dan berharap agar segala urusan bekas abang iparnya itu berjalan dengan lancar.
Saya berharap begitu (bagi kerjasama). Jadi, saya tak sesuai bercakap mengenainya, itu kena tanya dia sendiri.
Saya harap proses yang dia lalui akan dipermudahkan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Jovian Mandagie, bekas menantu kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Ismail Sabri Yaakob, di Jakarta bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.
Menurut Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, Jovian dinamakan sebagai saksi oleh Ismail Sabri bagi mengesahkan aset yang diisytihar kepada SPRM.
Siasatan turut melibatkan dana promosi program Keluarga Malaysia sepanjang pentadbiran Ismail Sabri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)