berita

Daftar & Beralih Kepada E-Bil IWK Sekarang, Korang Layak Dapat Rebat Dari Indah Water!

September 6th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Biasanya kalau nak bayar bil Indah Water Konsortium ni, mesti korang tertunggu-tunggu bil sampai kan. Tapi, lepasni tak payah susah-susah dah sebab korang boleh mendaftar dan membayar bil pembetungan secara digital dan berpeluang untuk mendapatkan rebat dalam penyata bil yang akan datang  tau! 

Bukan tu saja, ada banyak lagi kelebihan lain yang korang boleh dapat dengan menggunakan e-Bil IWK ni. Jom kami kongsi! 

Boleh akses bil pada bila-bila masa saja & ianya sangat pantas!

Apa yang menarik tentang e-Bil Indah Water Konsortium ni bila korang tak perlu risau ada masalah kehilangan bil lagi. Bukan apa, selalunya kalau dapat je bil kertas tu, korang mesti letak merata. Sudahnya, bila tiba masa nak bayar bil, terus tercari-cari sebab tak tahu dekat mana dah korang letak.

Jadi, dengan menggunakan e-Bil IWK ni, ia memudahkan korang sebab korang boleh akses bil tu pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tak payah nak tunggu bil sampai dalam peti surat pun dah boleh check!

Dengan teknologi digital ini, korang juga boleh bantu selamatkan alam sekitar

Kebaikan yang paling penting korang boleh dapat bila guna e-Bil IWK ini adalah bila korang dapat memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Dengan e-bil ini juga akan mengurangkan keperluan, percetakan dan pengeposan kertas yang digunakan. Oleh itu, penebangan hutan, penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau pun dapat dikurangkan juga.

Dengan menggunakan teknologi digital e-bil, ia boleh menyumbang kepada persekitaran yang lebih mampan.

Bukan tu saja, siap ada rebat lagi tau kalau korang beralih kepada e-Bill IWK

Untuk pengetahuan korang semua, bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2023, kalau korang mendaftar untuk perkhidmatan e-bil IWK, korang layak mendapat rebat sebanyak RM2 tau! 

Rebat dan bil yang perlu dibayar nanti akan dipaparkan dalam bil pembetungan korang yang akan datang. Tapi korang kena ingat, rebat ini tak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan untuk satu akaun korang sahaja…

Menariknya! Macam mana nak daftar e-Bil IWK ni?

Buat korang yang belum daftar dan tak tahu macam mana lagi nak guna e-Bil IWK ni, tak payah risau! Cara dia mudah je. Korang ikut je langkah dibawah:

  1. Imbas kod QR e-Bil yang terpapar di bil kertas korang
  2. Klik pada bil Julai – Disember 2023
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dan sahkan nombor e-mel/ telefon korang

Tadaaa siap! Senang je kan…… korang juga boleh ke laman sesawanghttp://iwk.com.my  untuk mendaftar!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom beralih ke e-Bil IWK sekarang!

Bagi memulihara alam sekitar kita pada hari ini, jom sama-sama kita go-green dan beralih kepada e-Bil IWK. Dari situ boleh la kita semua kurangkan penggunaan kertas kan! 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai IWK, korang boleh layari laman sesawang mereka di SINI atau memuat turun aplikasi Indah Water Konsortium pada telefon pintar korang.

Diharap dengan usaha dan komitmen ini akan memastikan masa depan yang lebih hijau untuk generasi akan datang.  Kita e-Bil Jer!

SKIP THIS AD ×