berita

Daftar Nama Anak Dalam Keluarga, Pelakon Veteran Korea Mengaku Status Anak Lepas Buat Ujian DNA

March 17th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, dunia industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan satu khabar yang mengatakan pelakon veteran Kim Yong Gun meminta teman wanitanya untuk menggugurkan kandungan serta enggan bertanggungjawab.

Artikel berkaitan : Pelakon Veteran Korea Disaman Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita & Enggan Bertanggungjawab

Terbaharu, Kim Yong Gun ingin bertanggungjawab ke atas teman wanitanya selepas melakukan ujian DNA dan mengakui status anak kandungnya itu.

Teman wanita selamat bersalin

Difahamkan, pelakon berusia 76 tahun ini berkenalan dengan seorang wanita yang lebih muda daripadanya di sebuah parti pada tahun 2008 dan hubungan mereka semakin serius selama 13 tahun sehingga wanita terbabit disahkan hamil pada Mac tahun lalu.

Risau imejnya sebagai seorang pelakon tercalar, Yong Gun memaksa teman wanitanya itu untuk menggugurkan kandungan. Namun begitu, wanita berusia 39 tahun itu nekad untuk melahirkan bayi hasil daripada hubungan mereka.

Akhirnya, teman wanitanya yang mahu dikenali sebagai ‘A’ selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada November tahun lalu di sebuah hospital di Seoul, Korea.

Buat ujian DNA

Walau bagaimanapun, pelakon Kill Me, Heal Me ini membuat keputusan untuk melakukan ujian DNA ke atas anak mereka. Hasil keputusan ujian terbabit mendapati Yong Gun adalah bapa kandung kepada bayi tersebut.

Susulan daripada itu, dia mula menerima kenyataan bahawa bayi terbabit adalah zuriatnya dan terbuka hati untuk mendaftarkan nama anaknya itu dalam keluarga. Dalam pada itu, dia juga akan menanggung segala pembiayaan teman wanitanya itu dalam membesarkan anak mereka.

Anak kepada Yong Gun iaitu Jung Woo dan Hyun Woo turut menyokong penuh dengan tindakan bapanya yang mahu bertanggungjawab dalam perkara tersebut.

Sumber : Allkpop

SKIP THIS AD ×