Penyanyi, Neeta Manis meluahkan rasa kecewa terhadap budaya segelintir masyarakat yang disifatkan terlalu mudah memberi perhatian dan sokongan kepada pempengaruh yang terpalit dengan kontroversi.

Artikel Berkaitan: [Video] Neeta Manis & Ahyat Kongsi “Tips” Cari Lokasi “Hot Spot” Rumah Terbaik Di Putrajaya

Budaya popular orang kontroversi

Menerusi hantaran di platform Threads, Neeta, 31, menyuarakan pandangan bahawa sudah tiba masanya masyarakat berhenti ‘mempopularkan’ individu bermasalah hanya kerana sensasi semata-mata.

Dah 2026, dah boleh berhenti habit ‘influencer’ kan dan popularkan orang kontroversi, kemudian bertindak macam tiada apa yang berlaku dan bagi mereka ‘free career’ hanya dengan reaksi dan perhatian.

Menurut Neeta, perkara yang lebih mengecewakan adalah apabila individu yang benar-benar bekerja keras mengejar minat dan bakat mereka telah dipinggirkan.

Sebaliknya, mereka yang mencetuskan kontroversi pula diangkat dan diberi peluang tanpa usaha yang setimpal.

Ada ramai orang di luar sana yang bekerja keras terhadap minat mereka, tapi masih dianggap tak cukup bagus.

Dunia tak pernah minta pendapat kita, tapi masih ada yang memilih untuk bercakap negatif tanpa sebab.

Bila bercakap negatif, adakah itu buat anda rasa lebih baik? Rasa lebih berkuasa? Saya memang tak faham mentaliti orang macam ini.

Sumber: Threads