berita

Dah 4 Tahun! Remaja Trauma Jadi Pemuas Nafsu Bapa Tiri Dalam Bilik Air – ‘Ibu Tahu Tapi Tak Ambil Kisah’

June 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang gadis berusia 16 tahun di Indonesia mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pemuas nafsu bapa tirinya sejak empat tahun lalu.

Jadi pemuas nafsu bapa tiri

Sekadar gambar hiasan

Menurut gadis ini, kejadian pertama berlaku sekitar tahun 2019 iaitu ketika dia berumur 12 tahun. Bapa tirinya sering memaksanya menonton video porno bersama-sama. Sehinggalah pada suatu hari iaitu ketika mangsa berada di dalam bilik mandi, suspek telah mendekati dan meraba serba mencium mangsa.

Ujar gadis ini lagi, meskipun perbuatan tersebut diketahui oleh ibu kandungnya, tetapi wanita itu langsung tidak mengendahkannya. Disebabkan tidak tahan berterusan dilayani dan dijadikan pemuas nafsu si bapa tiri, gadis ini nekad menceritakan perkara sebenar kepada bapa kandungnya, AM.

AM akui sangat terkejut dengan pendedahan tersebut kerana selama ini dia sangka anak gadisnya itu selamat dan bahagia tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Difahamkan, mangsa yang kini berada dalam keadaan trauma takut untuk bertemu dengan suspek. Susulan kejadian itu, AM telah membawa anaknya itu tinggal di kediamannya. AM telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan berharap pelaku akan menerima balasan yang setimpal.

Sumber: Bogor Tribunnews

SKIP THIS AD ×