berita

Dah Ada Plan Untuk Bercuti Long Weekend Nanti? KLIA Ekspres Ada Kejutan Buat Anda!

August 29th, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Malaysia antara negara yang ada cuti terbanyak kalau nak dibandingkan negara lain. Haa.. Macam bulan September ni, banyak betul cuti umum!

Untung kan bila ada pelbagai bangsa dan perayaan ni. Dapatlah bercuti walaupun korang bukan sambut pun sesetengah perayaan yang ada. Masa ni jugak semua orang berpusu-pusu nak balik kampung takpun pergi bercuti.

Bukan dapat cuti je, promo pun banyak!

Haa.. Bukan setakat dapat cuti, korang pun boleh tengok ada macam-macam promosi best bila melibatkan cuti umum. KLIA Ekspres pun ada buat promosi Long Weekend Escape Promotion. Korang boleh dapat diskaun tambang nilai sehingga 27% di KLIA Ekspres wei.

Promosi ni sempena cuti umum berturut iaitu Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Malaysia. Memandangkan bulan September ni ada banyak cuti umum, eloklah korang decide bila nak balik kampung takpun nak bercuti ke mana sementara KLIA Ekspres tengah ada promo ni.

Travel dengan family paling untung!

Promosi yang ditawarkan kepada penumpang amat berbaloi dari segi harga dan keselesaan yang disediakan. Perjalanan sehala seorang dewasa RM47 berbanding dengan harga asal RM55. Untuk kanak-kanak boleh dapat dengan harga RM22.

Untuk tiket pergi balik pulak, selalunya harga tiket dewasa RM100 tapi lepas diskaun jadi RM87. Tiket untuk kanak-kanak pulak dari RM45 jadi RM40. 

Korang yang berkeluarga paling untung tau. Harga untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM120 je wei! Yang travel secara berkumpulan (3 orang atau lebih) harga yang ditawarkan pun menarik dan berpatutan iaitu RM40 untuk sehala. Haa..Kalau ada anak bawah 2 tahun, setiap perjalanan PERCUMA!

Diskaun 27% macam mana nak dapat pulak?

Macam mana nak dapat diskaun 27% tu? Senang je! Korang boleh dapatkan kod promo yang tertera di bawah ini.

Korang boleh beli tiket melalui website KLIA Ekspres atau aplikasi mudah alih KLIA Ekspres. Selain itu, korang boleh dapatkan di kiosk layan diri KLIA Ekspres. Jangan kata admin tak payung pulak!

Tapi, take note ye! Kereta api KLIA Ekspres dijadualkan berlepas setiap 15 minit pada waktu puncak dan setiap 20 minit waktu off peak. So, korang disarankan untuk check jadual tren di website dan pastikan cukup masa untuk sampai ke airport.

Selamat bercuti guys!

SKIP THIS AD ×