berita

Dah Bagi Bantuan Sewa, Asnaf ‘Lupa Diri’ Tergamak Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Kotor & Rosak

January 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Bagai kacang lupakan kulit. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan sikap asnaf ini yang selamba meninggalkan rumah sewa dalam keadaan tidak terurus, rosak dan kotor.

Rumah sewa ditinggalkan kotor

Rumah yang didiami asnaf tersebut merupakan bantuan rumah sewa yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Namun siapa sangka, asnaf terbabit seolah-olah tidak menghargai pemberian LZS sehingga tergamak meninggalkan rumah dalam keadaan sampah sarap berteraburan.

Susulan daripada itu, Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS iaitu Datin Norajun Ainun Mohd Hashim mengingatkan agar semua asnaf yang menerima bantuan sewa rumah supaya lebih amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah yang didiami.

Tindakan asnaf itu menganiayai pemilik rumah sewa terbabit dan boleh menyebabkan asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa depan.

Pemilik rumah berkenaan disarankan untuk membuat aduan rasmi kepada LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewanya tidak lagi menghuni di situ.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar memaparkan sebuah kediaman ditinggalkan dalam keadaan kotor dan tidak terurus oleh asnaf yang menerima bantuan sewa rumah daripada LZS.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×