berita

Dah Bagi Duduk Free Pun Tak Boleh Nak Jaga…

February 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Majlis Agama Islam Johor

Semalam, Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menerusi satu status yang dimuat naik di laman Facebook, berkongsi beberapa foto menunjukkan keadaan rumah transit yang ditinggalkan oleh penghuninya dalam keadaan yang kotor.

Difahamkan, rumah tersebut diberikan secara percuma kepada mereka yang layak. Namun, peluang dan ruang yang diberikan tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Kejadian tersebut berlaku di flat Taman Impian Skudai, Johor Bahru.

Keadaan tidak terurus

Foto: Majlis Agama Islam Johor

Jika dilihat menerusi foto tersebut, jelas menunjukkan keadaan rumah itu yang tidak terurus ditambah pula, dengan longgakan sampah. Bahkan, pihak MAINJ, turut meluahkan rasa kecewa apabila rumah tersebut tidak dijaga dengan sebaik mungkin, berikutan penghuni tersebut sama sekali tidak perlu membayar sewa rumah tersebut.

Sedih rasa, bila rumah transit yang diberi duduk secara percuma ditinggalkan dalam keadaan macam ni. Semalam kami bersihkan, lepas ni kena baik pulih sikit, tukar pintu dan lain-lain yang rosak, cat semula dan pasang tikar getah, InsyaAllah.

Lapor Harian Metro, rumah tersebut telah ditinggalkan oleh sebuah keluarga asnaf setelah menetap di situ semenjak tahun 2015. Menurut Ketua Penolong Pengarah MAINJ Khirul Nizam Mat Said, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berkenaan keadaan rumah tersebut sejak tahun 2017.

Sebelum keluarga asnaf ini diberikan tempat tinggal secara percuma mereka menandatangani polisi antaranya menjaga kebersihan dan keadaan rumah yang didiami. Pada akhir 2019, kami dimaklumkan ketua blok terbabit bahawa keluarga asnaf ini tidak lagi duduk di rumah transit itu dan mereka meminta agar rumah dibersihkan kerana berbau terlalu busuk.

Paling lama menetap

Foto: Majlis Agama Islam Johor

Jelas Nizam lagi, keluarga asnaf tersebut merupakan keluarga yang paling lama menetap di situ berikutan keadaan ekonominya ditambah pula, mempunyai sembilan anak yang masih kecil dan bersekolah. Tidak berakhir di situ, mereka telah meninggalkan rumah tersebut setelah gagal membayar bil air dan eletrik sehingga berlakunya pemotongan daripada pihak konsesi.

Kini, rumah tersebut dalam proses untuk dibaik pulih dan akan diberikan kepada asnaf yang lebih layak. Difahamkan, rumah tersebut merupakan projek di bawah seliaan Baitulmal, dan penghuninya hanya perlu menanggung bil utiliti sahaja.

Reaksi netizen

Sumber: Majlis Agama Islam Johor Harian Metro 

SKIP THIS AD ×