Pelakon popular, Fauzi Nawawi akan membuat laporan polis berhubung sebuah video bogel yang didakwa mirip dirinya. Video tersebut dikatakan mula tersebut di laman Twitter dan mempunyai beberapa versi.
Memetik laporan Harian Metro, Fauzi Nawawi mengetahui hal tersebut setelah dimaklumkan salah seorang peminatnya.
Dah banyak kali terkena
Tambah suami kepada Lisdawati ini, ini bukanlah tuduhan kali pertama yang diterimanya. Malah sebelum ini dia sudah beberapa kali terkena.
Saya akan buat laporan polis hari ini.
Saya sebenarnya sudah banyak kali terkena. Dari zaman bujang, berkahwin, sebelum ada anak sehinggalah nak masuk umur 50 tahun ini, masih ada lagi perkara sebegini.
Cuma, ini paling teruk. Saya dapat tahu pun selepas dimaklumkan pengikut di Instagram. Mereka yang hantar video itu. Apabila saya tengok di Twitter terdapat beberapa versi.
Memang serabut juga nak jawab benda ini. Saya fikir, ada agenda di sebalik itu dan kenapa sebarkan? Tak lain tak bukan nak jahanamkan kerjaya dan runtuhkan rumah tangga saya. Tidak faham kenapa masih ada sikap sebegini. Jadi, saya ambil pendekatan kalau dilayan, dia berjaya jatuhkan saya.
Tambahnya lagi, tindakan tidak bertanggungjawab ini adalah bertujuan untuk merosakkan rumah tangga dan kerjayanya.
Menjatuhkan maruah
Pelakon filem Munafik ini turut mengakui penyebaran video tersebut mengaibkan diri dan keluarganya.
Itu memang niat dia mahu tular dan jatuhkan orang lain. Ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan karier saya. Bukan saja memalukan tapi juga menjatuhkan maruah saya. Saya sebagai mangsa yang yang teraniaya kena kuat dan saya berserah pada Allah. Fikirlah, apa faedah yang dia dapat?
Memang rasa geram dan marah tapi tidak mahu layan sangat. Lagi satu, saya tak hairan sebab teknologi sekarang sudah melampaui akal fikiran. Apa saja boleh dibuat dan terjadi.
Malah, klip tersebut dipercayai sudah tersebar ke Indonesia apabila dia ada menerima mesej daripada peminatnya di sana.
Sumber: Harian Metro