
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu anaknya, Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi ‘Jual’ Kisah Peribadi, Tak Minta Diviralkan – ‘Bagi Saya Benda Tu Tak Ada Manfaat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Syukur Dapat Sambut Ramadan Bersama Keluarga – ‘Mereka Adalah Tulang Belakang Saya’
Tak dapat jumpa anak
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Stories), Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia tidak dapat bertemu Fatima kerana anak perempuannya itu kini berada dalam keadaan kurang sihat.
Dalam kesempatan itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini juga memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat anak kesayangannya itu.
Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima.
Kesian Fatima tak sihat.
Mohon doakan Fatima semua.
Sekadar info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Sumber: Instagram @Fattahaminz