Walaupun sudah sah bercerai, pelakon Beego dilihat masih belum memadam foto-foto bersama bekas isterinya, aktres Linda Hashim di Instagram.

Artikel Berkaitan: Beego & Linda Hashim Cerai Talak Tiga, Tidak Boleh Rujuk

Masih simpan momen bersama

Menerusi tinjauan OhBulan!, Beego masih menyimpan beberapa momen bersama Linda di ruangan ‘Highlights’ selain gambar mereka ketika masih bergelar suami isteri.

Malah, nama akaun Instagram miliknya yang menggunakan nama ‘Beego Linda’ juga masih tidak ditukar sehingga kini.

Terdahulu, pada Khamis, Beego dan Linda sah bercerai talak satu kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Rumah tangga pasangan itu mula bergolak apabila Linda memfailkan permohonan cerai pada Januari tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April tahun sama. Linda kemudiannya menarik balik tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga cahaya mata mereka.

Linda turut mendedahkan mereka sekali lagi bercerai beberapa bulan selepas rujuk sebelum memilih untuk kembali bersama.

Untuk rekod, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7 tahun.

Sumber: Instagram