berita

Dah Bersedia Untuk Bertunang? Ini 8 Benda Wajib Korang Kena Buat Sebelum Majlis Pertunangan

November 7th, 2019 | by Nurul
Insiprasi

Korang yang tengah bercinta dan ada perancangan untuk ke fasa pertunangan mesti tengah blur apa patut buat kan? Bukan kahwin je perlu persediaan, nak bertunang pun kena prepare sebaiknya. Jangan risau okay! Persiapan untuk majlis pertunangan taklah macam majlis kahwin.

Jom, tengok tips yang Sis Katy sediakan untuk korang mengenai apa yang patut korang prepare sebelum majlis bertunang.

1. Tarikh, Waktu & Lokasi

Sama seperti persiapan perkahwinan, bertunang perlukan masa, tarikh dan tempat yang sesuai. Sebab nak siapkan hantaran tu bukan senang apatah lagi yang nak buat majlis dekat dewan. Tapi, lagi mudah bila korang buat majlis simple dekat rumah dan invite keluarga juga sahabat yang rapat. Bak kata orang, tunang tak perlu dihebohkan.

2. Pelamin Mini

Sekarang ni, bertunang pun ada pelamin. Tapi, terpulanglah kepada korang nak atau tak. Sebenarnya, tak salah nak spend untuk pelamin mini ketika majlis pertunangan sebab bertunang pun moment yang bersejarah untuk diabadikan. Nak mudah dan jimat, DIY je sendiri pelamin mini idaman korang.

Apa pun, pastikan pelamin mini korang dihias secara simple dan tak terlalu kontra dengan baju tunang korang nanti ye. Barulah cun!

3. Hantaran

Benda wajib yang perlu ada dalam checklist korang! Kena pastikan jumlah pemberian dan tukaran dulang hantaran adalah seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Biasanya jumlah dulang perempuan adalah 7 dan dibalas oleh pihak lelaki sebanyak 5 dulang.

4. Warna Tema

Pemilihan warna tema pada hantaran, pelamin mini dan busana bertunang adalah perkara yang perlu dititik beratkan kerana akan memberikan impak positif kepada pasangan bertunang dan juga tetamu yang datang. So, jangan ambil mudah pasal benda ni kalau tak nak mood korang down bila majlis nanti tak macam apa yang korang rancang.

5. Bincang Jumlah Wang Hantaran & Mas Kahwin Lebih Awal

Jumlah wang hantaran dan juga mas kahwin adalah berbeza di setiap negeri. Selalunya hal yang berkaitan dengan wang hantaran ini sudah dibincangkan awal oleh pasangan yang bakal bertunang sebelum diutarakan lagi di majlis pertunangan nanti. Jangan pulak ada yang bergaduh mulut sebab hantaran tinggi pulak tau!

6. Solekan & Jurugambar

Pemilihan jurusolek dan jurugambar haruslah dibuat dengan betul supaya make up dan gambar korang nanti on point dan cantik untuk simpan di dalam album gambar. Kalau nak lagi gah, hirelah make up artis!

7. Jamuan Makan

Kalau majlis tunang di buat secara besar-besaran, disarankan untuk mengambil katering. Tapi, kalau sekadar kecil-kecilan sebaiknya makanan untuk tetamu dimasak sendiri oleh tuan rumah secara rewang. Terpulang kepada bajet yang ada dan jangan terlebih bajet macam buat majlis kahwin pulak.

8. Wakil Keluarga

Mungkin ramai yang terlepas pandang hal yang satu ni. Untuk pengetahuan korang, pemilihan wakil keluarga yang berpengalaman dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik adalah penting supaya perbincangan berjalan dengan lancar dan tak hambar.

Haa… Nampaknya korang dah sedia nak prepare untuk majlis pertunangan korang tu. Yang penting, enjoy the moment. Sis Katy doakan korang dapat tahan dengan dugaan bertunang nanti ye. Selamat bertunang!

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

SKIP THIS AD ×