berita

Dah Bertahun Menderita, Pesakit Ingatkan Hanya GERD Biasa Rupanya Sakit Penyebab Kanser

January 28th, 2020 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD) merupakan satu gangguan pencernaan kronik apabila asid di dalam perut mengalir ke saluran esofagus. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan di kawasan perut. Menerusi laporan Harian Metro, Perunding Perubatan dan Pakar Gastroenterologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Raja Affendi Raja Ali berkata GERD akan menjadi teruk jika tidak mendapat rawatan.

Seperti perkongsian The Diagnosa, seorang pesakit GERD mengadu sudah beberapa tahun menderita sakit namun mengambil simptom sambil lewa.

Mengadu perut berangin, sendawa

[Ingatkan GERD sahaja. Tapi ia juga menyebabkan kanser]

Saya ada pengalaman dimana seorang pesakit ini datang kepada saya dengan simptom GERD (Gastroesophageal reflux disease). Pesakit pada ketika itu selalu mengadu perutnya berangin dan selalu sendawa. Pada waktu pagi pula, pesakit mesti akan merasakan bahagian tekaknya seperti rasa masam berasid.

Terkadang waktu tidur pula, pesakit terbangun tiba-tiba dan tersedak seolah-olah ada air masuk ke dalam paru-parunya. Jika dilihat kebanyakan simptom ini adalah simptom GERD. Lain-lain simptom GERD yang seseorang itu mungkin hadapi adalah:

  • Perut selalu asyik rasa kembung
  • Selalu sendawa
  • Simptom menjadi teruk selepas makan dengan banyak
  • Pedih dibahagian uluhati
  • Pedih pada bahagian dada
  • Batuk yang lama

Pesakit memberitahu saya yang dia telah mengalami masalah ini beberapa tahun. Ia datang dan pergi. Sebelum ini pun dia telah mengambil pelbagai jenis ubat GERD dan gastrik seperti Ranitidine, omeprazole, pantoprazole dan pelbagai lagi. Tetapi simptom tersebut ok sekejap, kemudian datang semula. Selama beberapa tahun dia menderita perkara yang sama dan pesakit mengambil perkara ini secara sambil lewa.

Susah menelan

Tetapi sejak kebelakangan ini dia merasakan terdapat simptom yang lain daripada sebelum ini. Pesakit mengatakan dia susah untuk menelan. Seolah-olah makanan tu tersekat pada bahagian tengah esofagus. Selepas lebih kurang 30 jam baru rasa tersekat itu hilang.

Disebabkan pesakit mengalami masalah untuk menelan, selera pesakit juga menjadi semakin berkurangan. Berat badan pula turun mendadak iaitu sebanyak 10kg dalam bulan tersebut. Bahkan simptom GERD semakin menjadi-jadi dan ubat yang diambil seolah-olah tidak berkesan. Saya bertanya kepada pesakit tersebut adakah dia pernah dirujuk ke hospital selepas bertahun lamanya mengalami masalah GERD ini.

“Saya sebenarnya tak follow up dengan doktor. Saya ambil ubat di farmasi sahaja. Jika GERD tu datang, saya akan ambil ubat di farmasi. Tetapi kerap jugalah guna ubat tersebut”, jelas pesakit tersebut.

Mengambil kira sejarah GERD yang telah lama dialami oleh pesakit berserta masalah dalam menelan makanan, saya merasakan pesakit mungkin mengalami Kanser esofagus. Ini kerana mereka yang mengalami GERD dalam waktu yang lama mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kanser esofagus.

Pesakit yang mengalami GERD akan menyebabkan asid di dalam perut ternaik ke dalam bahagian esofagus. Ini akan menyebabkan bahagian esofagus tersebut mengalami kecederaan dan keradangan. Keradangan yang kronik pada bahagian esofagus tersebut akan menyebabkan sel dibahagian itu sentiasa membahagi untuk menggantikan sel yang rosak.

Bagaimana kanser terjadi?

Kawasan yang mengalami pembahagian sel yang banyak ini dipanggil sebagai ‘Barrett’s esophagus’. Dalam perubatan kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan pra-kanser iaitu satu tahapan sebelum kawasan tersebut menjadi kanser. Dan punca Barrett’s esophagus ini adalah disebabkan GERD tadi.

Sambung kisah pesakit tadi

Setelah saya terangkan bahawa pesakit berkemungkinan mempunyai masalah tersebut, saya pun merujuk pesakit ke hospital berdekatan untuk tujuan penyiasatan lanjut untuk mengesahkan pesakit mempunyai masalah tersebut ataupun tidak. Saya ni suka follow up pesakit untuk tahu sama ada diagnosis yang diberikan betul ataupun tidak bagi tujuan menambahbaik kemahiran diri.

Setelah sebulan lebih saya hubungi pesakit untuk tahu keadaan pesakit. Pesakit mengatakan yang dia telah menjalani prosedur endoscope iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pencernaan. Doktor mendapati terdapat tumor yang besar pada bahagian bawah esofagus. Sampel telah diambil sedikit daripada kawasan tersebut dan terbukti ia adalah sel kanser.

Pesakit pun menyatakan yang di akan menjalani pembedahan pada bulan hadapan untuk membuang bahagian tumor tersebut berserta menjalani kemoterapi selepas dari itu. Dia menyatakan rasa kesal kerana tidak melakukan pemantauan di klinik bagi simptom GERD yang dihadapinya.

Kesimpulan disini, Jika anda menghadapi simptom GERD yang selalu dan simptom itu asyik berlaku secara berterusan, anda perlu berjumpa dengan doktor. Selalunya anda akan dirujuk ke bahagian pembedahan untuk tujuan pemantauan dan juga rawatan. Jika anda membiarkan sahaja bertahun-tahun, anda mungkin akan mengalami kanser esofagus di masa hadapan.

Sumber : TheDiagnosa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×