Di Instagram, penyanyi, Shila Amzah membuat pendedahan mengejutkan apabila dia dikatakan sudah dua bulan keluar daripada rumahnya di Cyberjaya.
Dah dua bulan keluar rumah
Menurut pelantun suara ‘Patah Seribu’ ini, dia sudah memfailkan penceraian dengan suami. Namun, dia tidak memaklumkan secara terperinci bila permohonan tersebut dilakukan. Difahamkan, Shila Amzah yang tinggal bersama keluarganya buat sementara waktu di Kuala Langat berdepan dengan situasi sukar apabila kediaman mereka turut terlibat dengan banjir. Kini, mereka sekeluarga menumpang di rumah ibu saudara dan tinggal di satu bilik sahaja.
Saya sentiasa menunjukkan wajah yang gembira sampai orang tak tahu yang saya tengah berjuang. Dah dua bulan sha keluar dari rumah dengan Seth tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni. Cuma bila dah jadi macam ni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.
Berkongsi lebih lanjut, Shila memberitahu bahawa dia mempunyai sebuah rumah di Cyberjaya dan tidak selesa untuk pulang ke sana memandangkan suaminya masih tinggal di rumah tersebut.
Dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa. Sha pun tak selesa. Kesian satu family sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. How i wish I can go back to my cyber house. Bolehlah return the favour dekat my parents. Doakan sha and family ya. Allahuakhbar! Dugaan demi dugaan.
Barang semua habis sebab banjir
Terdahulu, Shila berkongsi beberapa video dan foto mengenai keadaan rumahnya di Hulu Langat yang dinaiki air. Ujar Shila, semua keluarganya berada dalam keadaan yang baik cuma, kebanyakan barang di dalam rumah mengalami kerosakan. Kucing kesayangannya juga berjaya diselamatkan tatkala air mula memenuhi ruangan dalam rumah.
Sumber: Shila Amzah