Pelakon jelita, Elvina Mohamad meluahkan rasa terkejut apabila sesi siaran langsung Instagram (IG Live) bersama rakan-rakannya dicemari insiden tidak dijangka semalam.
Lain pula jadinya
Ceritanya, salah seorang rakan ajak saya Live, saja nak lepaskan rindu sebab dah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik, media sosial jadi tempat kita nak lepas rindu, kekal berhubungan dengan semua orang. Malangnya, lain pula yang jadi! Salah seorang rakan kami komen minta nak sertai Live, jadi Zawa pun terima. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu yang tak bertanggungjawab godam Live kami dengan menunjukkan anu dia!
Pada mulanya, Elvina dipercayai tampil melakukan sesi live bersama dua orang rakannya sebelum salah seorang rakan mereka yang lain menghantar permintaan untuk turut serta dalam perbualan tersebut. Malangnya, individu yang muncul dalam IG Live mereka bukanlah orang yang dikenali tetapi seorang lelaki yang bertindak melakukan perbuatan keji dengan menunjukkan kemaluannya.
Tolong hentikan benda tak senonoh itu!
View this post on Instagram
Ujar Elvina lagi, kejadian berkenaan sempat dirakam oleh salah seorang pengikutnya di Instagram. Terkejut dengan kejadian yang berlaku, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu memberi amaran kepada pelaku agar menghentikan perbuatan jijik tersebut. Malah, Elvina meminta semua pihak agar berhati-hati. Ini kerana, ini bukan kali pertama lelaki tersebut menggodam IG Live orang lain.
Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, media sosial bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Tolong hentikan buat benda tak senonoh tu! Engkau dah kenapa. Dah gila seks sangat ke. Geram pula kita. Okeylah, saya nak tenangkan diri sekejap yang masih terkejut ni. Nak pergi cuci mata dengan Dettol sebab dah tertengok anu yang *** tadi! Mimpi ngeri dan trauma.
Saya masih tak dapat nak lupakan. Masih terkejut dan tak tahu nak cakap apa. Masalahnya itu memang akaun kawan kami bukan akaun palsu, tapi yang masuk orang lain dan tunjuk benda tak senonoh. Saya trauma dan tak takut nak buat Live lagi. Dah tak berani nak jemput orang masuk dalam Live, ya Allah sangat bahaya zaman sekarang.
Di samping itu, Elvina mengakui bahawa dirinya trauma sehingga tidak berani untuk mengadakan IG Live selepas ini.
Sumber: Elvina Mohamad