berita

Dah Hamilkan Dua Wanita, Banduan Transgender Takut Masuk Penjara Lelaki

July 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita transgender yang ditempatkan di dalam penjara wanita di New Jersey dipercayai telah menghamilkan dua banduan. Perkara tersebut mendorong pegawai penjara memindahkan suspek ke penjara lain pada Jun lalu.

Banduan transgender hamilkan dua wanita

Suspek, Demi Minor yang berusia 27 tahun merupakan seorang wanita transgender dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun atas pertuduhan merompak dan membunuh. Suspek didapati bersalah selepas menikam Theotis Butts, bekas bapa angkatnya, 69 tahun hingga mati ketika dia berusia 16 tahun. Semasa menjalani hukuman di penjara wanita New Jersey yang mempunyai 800 banduan, Minor dilaporkan telah menghamilkan dua rakan banduannya. Susulan daripada itu, dia dipindahkan ke penjara lelaki.

Menerusi blog di laman web Justice 4 Demi, Minor mendakwa dikeluarkan secara paksa dari penjara wanita dan dipukul ketika proses pemindahan dari Edna Mahan Correctional Facility for Women ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC). Bukan itu sahaja, suspek juga ditempatkan dalam pengawasan selepas percubaannya menggantung diri di dalam van ketika dalam perjalanan pemindahkan ke penjara GYC.

Ketika tinggal di sini di GYSC, saya mendapati diri saya diserang banduan muda yang tidak matang dan sangat jahil terhadap orang seperti saya.

Menurut sumber, Minor akui risau dan takut menetap di penjara lelaki memandangkan dia pernah ‘diganggu’ oleh banduan di sana. Oleh hal demikian, Minor meminta agar pegawai bertanggungjawab memindahkannya semula ke penjara wanita. Pada 2021, New Jersey menggubal dasar membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka.

Sumber: The Sun, Metro UK

SKIP THIS AD ×