
Pelakon Abby Abadi menggesa pihak mahkamah agar mengenakan tindakan kepada menantunya, Aslam sebagai pengajaran selepas mahkamah tidak dapat memutuskan atas beberapa perkara.
Artikel Berkaitan: ‘Adik Baru 20 Tahun, Kesilapan Itu Bukan Bermakna Gagal’ – Abby Abadi Percaya Marissa Dania Kuat
Artikel Berkaitan: Mahkamah Tangguh Bicara, Tak Dapat Putuskan Status Cerai Rujuk Marissa Dania, Aslam – ‘Maaf Tak Dapat Nak Komen’
Gesa mahkamah ambil tindakan

Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, meluahkan rasa berang terhadap isu melibatkan anaknya, Marissa Dania yang masih belum menemui penyelesaian.
Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan bentuk hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pihak lelaki yang gagal mendaftarkan sijil pernikahan meskipun telah hampir dua tahun melayari bahtera perkahwinan.
Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu sebegini tak boleh nak bertindak apa-apa ke untuk beri pengajaran pada pihak lelaki?
Dah la nikah luar Malaysia, dengan tiada pengesahan sijil nikahnya, dah dua tahun dah.
Pihak perempuan saja dipandang hina. Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai sebegini? Suka hati saja nak buat apa.
Kalau mak ayah bertindak, takut kita pula yang ke dalam.
Terdahulu, pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.
Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.
Sumber: Threads @abbyabadi_112








