berita

Dah Lama ‘Mengidam’ Nak Baca Berita, Akhirnya Impian Wanita Ini Jadi Realiti #bacaberitachallenge

September 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa pihak produksi TV3 telah menganjurkan sebuah pertandingan #bacaberitachallenge pada awal bulan Ogos lalu. Bukan sahaja memperolehi sebuah telefon pintar, peserta yang menang akan diberi peluang membaca berita di pentas Buletin Utama.

Bagaikan mimpi jadi realiti, salah seorang wanita yang pernah viral kerana mempunyai suara yang mantap, berjaya menjadi 10 pemenang bertuah dalam pertandingan tersebut. Video viral wanita tersebut mula tersebar di media sosial apabila anak perempuannya memuat naik di akaun Twitter.

Dis suka sangat baca berita

Menerusi Twitter Putri Nur Arisyaa, gadis tersebut berkongsi cabaran yang perlu dihadapi ibunya iaitu Salinata Salim, semasa menghasilkan video contest berkenaan. Daripada kejadian telefon terjatuh sehinggalah bacaan yang tersasul, nampaknya bukan mudah buat ibu wanita itu untuk menghasilkan rakaman berdurasi pendek tersebut.

From this to this

 

Namun, siapa sangka, impian ibunya seolah menjadi realiti kerana berpeluang membaca berita di set Buletin Utama baru-baru ini. Pendedahan Putri tentang kejayaan ibunya itu sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menerima 10k retweet. Netizen turut menyuarakan rasa gembira dan memberikan ucapan tahniah di atas kemenangan yang diperoleh.

Reaksi dan ucapan netizen

Rata-rata netizen kagum dengan cara penyampaian dan suara ibu Putri ketika membaca berita. Mereka turut mengucapkan tahniah atas kemenangan yang diperoleh ibunya.

Sumber: Putri Nur Arisyaa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×