berita

‘Dah Macam Askar Jepun’ – Sut ‘Unik’ Berseluar Pendek Ara Johari Jadi Bualan Netizen

September 23rd, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) yang menyaksikan ramai artis tampil menggayakan fesyen terbaik daripada mereka. Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, rata-rata mengambil peluang ini menjadi lain daripada yang lain.

Paling mendapat perhatian adalah fesyen sut dan seluar pendek Ara Johari yang dikatakan tidak bersesuaian. Sut berwarna biru cair dan seluar paras lutut itu mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Tak sempat nak touch up lutut

Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik penyanyi Bunga ini di Instagram, gandingan sut dan seluar pendek tersebut mendapat perhatian pengguna laman sosial yang rata-rata memberikan respon lucu.

Menurut mereka, seluar pendek tersebut mencacatkan sut ekslusif yang dipakai Ara Johari. Malah, ada yang membandingkan fesyen itu seperti tentera dan pekerja ladang di zaman penjajahan British. Adoi!

Askar Jepun?

Tak sesuai dengan identiti rakyat Malaysia

Sumber : Ara Johari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×