Korang penggemar slushi?
Nikmati slushi bila-bila masa, terus dari dapur rumah sendiri tanpa perlu beratur atau singgah di kedai serbaneka dengan Ninja® SLUSHi™ Professional Frozen Drink Maker.
Cukup viral di platform Tiktok, mesin slushi ini merupakan produk terbaharu daripada SharkNinja yang viral di Singapura dan Australia. Maka, tak hairanlah kemunculan mesin slushi ini dijangka bakal mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia.
Tanpa ais, rasa slushi kekal padu

Berbeza dengan mesin frozen drink biasa, Ninja® SLUSHi™ tidak memerlukan ais untuk menghasilkan tekstur slushi yang sempurna. Menggunakan Teknologi eksklusif RapidChill, cairan dapat dibekukan secara sekata, jadi slushi kekal sejuk, pekat tanpa rasa cair atau tawar.
Dengan teknologi ini, minuman kegemaran korang boleh dihasilkan sekitar 15 hingga 60 minit, bergantung pada kuantiti yang ingin dihasilkan. Lebih menarik, mesin ini boleh mengekalkan suhu dan tekstur minuman sehingga 12 jam, sesuai sangat kalau korang nak guna untuk acara rumah terbuka, housewarming party dan sebagainya.
Selain itu, kapasiti mesin dengan saiz 2.5 liter membolehkan tetamu termasuk diri korang menikmati slushi sepuasnya. Kan best tu?
Dari slushi sampai jus beku, semua boleh

Kalau korang nak tahu, Ninja® SLUSHi™ bukan boleh buat slushi je, sebaliknya mesin ini datang dengan lima program iaitu Slush, Frozen Cocktail, Frappé, Milkshake dan Frozen Juice. Ini bermakna dengan hanya 1 mesin, korang boleh nikmati pelbagai jenis minuman tanpa perlu ke restoran dan kedai serbaneka. Jimat tau!
Bayangkanlah, korang boleh hasilkan sendiri slushi teh tarik yang pekat berkrim hanya dari rumah. Boleh minum frozen cocktail buah-buahan bila-bila masa, tak ke awesome tu? Malah minuman sedia ada seperti Sprite, Ribena atau jus buah pun boleh korang jadikan slushi.
Apa yang korang perlu buat cuma tuang minuman, pilih program dan tunggu. Bila slushi dan siap, mesin akan berbunyi untuk notify korang. Mudah sangat!
Nak bersihkan mesin pun senang. Korang guna je fungsi rinse cycle kemudian tanggalkan je mesin menjadi beberapa bahagian dan masukkan ke dalam dishwasher atau basuh seperti biasa.
“Slush It Your Way” bersedia tawan dapur Malaysia

Bagi meraikan pelancaran Ninja® SLUSHi™ Professional Frozen Drink Maker di Malaysia, SharkNinja bakal melancarkan kempen “Slush It Your Way” bermula pertengahan Januari ini bersama lebih 60 influencer dari pelbagai kategori. Kempen ini turut menampilkan kolaborasi menarik bersama jenama minuman popular seperti F&N Teh Tarik, Sprite, Ribena dan Tapping Tapir.
Akan berada di pasaran pada 15 Januari 2026 dengan harga RM1,499, menerusi laman rasmi SharkNinja.my. Min difahamkan, korang kan menerima Ninja Blast Portable Blender bernilai RM399 secara percuma untuk setiap pembelian Ninja® SLUSHi™ Professional Frozen Drink Maker**.
**Sementara stok masih ada.

Bagi yang suka window shopping, korang juga boleh dapatkan mesin ini di Harvey Norman, Best Denki, TBM, ESH, Courts dan XamMax. Korang juga boleh dapatkan mesin ini melalui kedai rasmi SharkNinja di platform Shopee dan Lazada.
Jadi, buat penggemar minuman sejuk, atau korang yang mahukan kelainan untuk acara makan-makan, Ninja SLUSHi™ Professional Frozen Drink Maker merupakan salah satu pelaburan paling ‘worth it’ untuk tahun ini.
Layari media sosial @ninjakitchenmy di TikTok, Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut.








