berita

Dah Mula Rancang Percutian Musim Sejuk? Nah 5 Aktiviti Best Yang Korang Boleh Cuba Di Melbourne

June 8th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Ada ke diantara korang yang dah mula merancang percutian musim sejuk pada Jun ke Ogos nanti? Yelah, Malaysia sekarang ini panas bukan main pula, jadi kalau dapat bercuti di tempat sejuk dan bersalji mesti syok xD.

Percutian musim sejuk yang ideal pada admin mestilah di Australia terutama sekali Melbourne sebab jarak penerbangan yang tak terlalu lama dan ada banyak aktiviti best yang menanti korang di sana.

Selain musim sejuk, korang juga boleh pertimbangkan untuk ke Melbourne pada musim bunga (sekitar September ke November) kerana permandangan pada musim ini memang tiptop! Gerenti berbaloi trip korang tu!

Jom Admin listkan 5 aktiviti anti-boring di Melbourne

1. Luncur salji di pergunungan Alps

Teringin nak rasai pengalaman bermain luncur salji? Haa.. Inilah peluang terbaik korang! Bila di Melbourne korang wajib melawat tiga taman salji popular seperti Mt Buller, Falls Creek dan Mt Hotham. 

Di sini tersedia kesemua kelengkapan yang korang perlukan untuk aktiviti bersalji buat golongan pemula mahupun pro. Waktu yang dicadangkan untuk ke sini adalah pada hujung Jun untuk pengalaman bermain salji yang terbaik!

2. Kolam air panas semula jadi Victoria

Bayangkan cuaca yang sejuk dan korang dapat berendam dalam kolam air panas semula jadi.. FUH! Syok habis! Untuk kolam air panas semula jadi ada tiga tempat yang admin nak suggest, iaitu Peninsula Hot Springs dan ALBA Thermal Springs di Semenanjung Mornington serta Metung Hot Springs di Gippsland.

Dah sampai sini tak perlu fikir banyak, terus berendam dan tenangkan diri dengan menikmati pemandangan indah di sekelilingnya :)

3. Peluang untuk lihat ikan paus di Phillip Island

Sekitar Mei ke Oktober jangan lepaskan peluang untuk ke Phillip Island mana tahu korang diantara yang bertuah dapat menyaksikan paus humpback, southern right dan orcas menyeberangi Antartika ke perairan yang lebih panas di Queensland untuk membiak.

Korang boleh pilih untuk menyaksikan paus dari laut dengan menaiki cruise, darat mahupun menggunakan helikopter untuk pengalaman yang lebih menakjubkan, untuk ketahui dengan lebih lanjut korang boleh klik di SINI.

4. Pameran seni & festival, psstt favourite admin Hot Chocolate Festival!

Bila ke negara orang jangan lupa untuk singgah dan rasai sendiri pengalaman yang ditawarkan menerusi pameran seni dan festival di negara tersebut sebab dekat sinilah korang akan dapat belajar pelbagai benda baharu terutama sekali berkaitan negara yang korang lawati.

Senarai pameran seni & festival

i) Bermula Jun – Pameran Winter Masterpieces 

Pameran Winter Masterpieces di National Gallery of Victoria bakal mempamerkan lebih 100 karya hebat Pierre Bonnard, pelukis terkemuka Perancis pada abad ke 20. Di sini juga korang bakal disajikan dengan pelbagai karya seni dan scenografi kontemporari yang dipersembahkan oleh arkitek dan pereka terkemuka, India Mahdavi.

ii) 7 sehingga 18 Jun – RISING

Nak belajar mengenai budaya seni dan elektik? RISING adalah pameran seni yang tak boleh korang skip! Di sini akan ada pertunjukkan muzik, teater, pameran seni, pengalaman immersive dan macam-macam lagi!

iii) 24 Jun sehingga 16 Julai – Winter Wonderlights

iv) Jika datang bersama keluarga dan anak-anak, korang wajib ke Winter Wonderlights! Di sini terdapat pameran hiasan lampu, pasar jualan dan hiburan mesra keluarga.

Ogos – Hot Chocolate Festival

Ini kegemaran admin! Hirup cokolat panas masa cuaca dingin memang feeling guys! Festival akan ini dijalankan selama 28 hari dan setiap hari ada perisa coklat berbeza untuk korang pilih.

Festival bakal berlansung di Great Ocean Road Chocolaterie and Ice Creamery, Yarra Valley Chocolaterie and Ice Creamery dan Mornington Peninsula Chocolaterie and Ice Creamery. Kena pergi tau!

5. Saksikan ratusan ribu bunga mekar dengan pelbagai warna!

Nak bergambar dengan ratusan ribu bunga mekar termasuk orked dan tulip? Kena ke Tesselaar Tulip Festival pada 16 September sehingga 15 October! Di sini tak kiralah dari angle mana pun korang ambik gambar gerenti cantik dikelilingi bunga warna-warni.

Pada penghujung September sehingga awal Oktober pula jangan lupa untuk singgah ke Blossom Festival at Cherryhill Orchards bagi menyaksikan sendiri bunga cherry blossom yang bakal tumbuh mekar memenuhi festival tersebut.

Dah boleh mula rancang perjalanan korang!

Haa.. Macam-macam dah admin senaraikan untuk korang dekat atas tu. Korang hanya tinggal rancang tarikh, beli tiket penerbangan dan bersedia untuk terbang ke Melbourne!

Sekiranya korang memerlukan maklumat lanjut atau nak tahu lebih banyak tempat menarik untuk dilawati di Melbourne korang boleh layari laman web Visit Victoria di SINI.

Selamat bercuti guys!

SKIP THIS AD ×