berita

‘Dah Pukul Sampai Berlubang Kepala, Pandai Pula Pujuk Suruh Tarik Report…’

December 29th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Mieragedmenceritakan detik-detik cemas apabila sepupunya yang baru sahaja pulang dari kerja telah dipukul dan ditetak oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai mabuk ketika itu. Kejadian tersebut berlaku kira-kira 2.30 pagi, 27 Disember yang lalu, di Kota Puteri, Masai, Johor.

Suruh tarik report!

 

Menurut thread tersebut, mangsa difahamkan telah dipukul dan ditetak oleh sekumpulan lelaki berbangsa India selepas menyangka rakan mereka telah dibelasah oleh mangsa. Tanpa belas kasihan, mangsa dibelasah dan ditetak dengan senjata tajam sehingga mengalami luka teruk di bahagian kepala.

Tidak berakhir di situ, setelah laporan polis dibuat oleh mangsa, kumpulan tersebut tampil untuk memujuk supaya mangsa menarik semula laporan tersebut. Alasan yang diberikan agak tidak ‘berasas’ dengan menyatakan mereka telah menyerang orang yang salah.

Keadaan mangsa

Menerusi gambar yang dikongsi sepupu mangsa, menunjukkan kepala mangsa berjahit akibat serangan tersebut. Difahamkan, mangsa ketika itu, telah diserang kira-kira 20 orang. Kini, lima orang daripada jumlah keseluruhan kumpulan tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai respon dengan apa yang telah terjadi. Jelas mereka, kawasan tersebut memang terkenal dengan ‘kaki mabuk’ dan kerap terjadinya pergaduhan di situ. Tidak berakhir di situ, warganet turut meminta supaya mangsa tidak menarik semula laporan tersebut demi menuntut keadilan buatnya.

Sumber: Mieraged

SKIP THIS AD ×