Umum mengetahui, Youtuber popular iaitu Aqil Zulkiflee selamat bertunang dengan pasangannya Iliya, baru-baru ini. Bagaimanapun, Aqil tidak mendedahkan wajah tunangnya.
Artikel Berkaitan: Setiap Hari ‘Perah’ Otak Fikir Mengenai Content Youtube, Aqil Zulkiflee Syukur Tercalon ABPBH34 – ‘Saya Pernah Terima Kecaman & Ejekan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Ingat Aku Tak Tahu Rumah Kau Dekat Alor Setar? Nanti Polis Datang’ – Aqil Zulkiflee
Terbaru, Aqil meluahkan rasa marah berikutan terdapat individu yang bertindak menularkan wajah tunangnya itu.
Budak taman
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Aqil berkata, individu tersebut seorang budak.
Individu tu sebenarnya budak-budak yang datang semasa majlis pertunangan berlangsung. Budak tu tak dikenali dan tak dijemput langsung. Pada mulanya ingatkan adik saudara atau anak buah tunang, rupanya orang taman situ.
Menurut Aqil, dia memilih untuk privasi hal tersebut kerana tunangnya merupakan orang biasa sahaja.
Aqil pilih privasi sebab Aqil tahu setiap orang yang Aqil tunjuk di media sosial Aqil, wajib akan dikenali ramai. Tunang Aqil ni bukan influencer, artis atau sesiapa yang ternama. Cuma orang biasa saja. Aqil tak nak dia terkejut atau culture shock tiba-tiba orang datang nak bergambar, kejar dia.
Aqil tak nak benda tu terjadi. Selain tu, untuk keselamatan dia dan keluarga juga. Walaupun Aqil tak expose berlebihan, dah ramai tahu alamat rumah tunang, sampaikan budak-budak datang rumah keluarga dia untuk mencari Aqil dan tunang. Kan tak elok tu.
Disoal mengenai tindakan saman, Aqil memberitahu dia telah membuat laporan terhadap akaun tersebut.
Saya ambil tindakan report akaun tersebut. Dah minta juga untuk padam video tapi diabaikan saja. Tapi, jika perbuatan dia expose tu membuatkan tunang Aqil sakit atau terjadi benda buruk, Aqil takkan berdiam diri untuk ambil tindakan lebih serius.
Sebenarnya tunang okay sahaja tapi keluarga dia dan Aqil mahukan yang terbaik untuk dia. Jadi kami membuat keputusan untuk berkongsi bila nikah nanti. Sebabnya bila dah bersama nanti, Aqil boleh jaga dan melindungi dia. Sekarang kami berjauhan dan Aqil tak dapat lindungi dia secara penuh. Aqil memikirkan keselamatan dan keselesaan dia sahaja.
Di akhir temu bual, Aqil berkata, dia mempunyai pengalaman dalam mengambil tindakan undang-undang. Jadi, dia berharap netizen lebih berhati-hati jika mahu mengulas berlebihan tentang dirinya.
Pengalaman sebelum ni membuatkan Aqil lebih untuk bertindak secara professional berbanding membuat kecoh di media sosial.