berita

‘Dah Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu’ – Pengurus Hannah Delisha

February 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Hannah Delisha selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Imam Shah di Singapura. Berita gembira itu dikongsikan Hannah sendiri menerusi laman Instagram yang memaparkan foto dia bersama Imam Shah lengkap berbusana pengantin.

Artikel berkaitan: Tup Tup Dah Kahwin! Kenali Imam Shah, Jejaka Yang Berjaya Tawan Hati Hannah Delisha

Malah, pernikahan pasangan ini tidak diketahui umum kerana masing-masing tidak buka mulut sehinggalah tarikh majlis pernikahan mereka.

Dia sangat menjaga privasi

Memetik laporan Kosmo, pengurus kepada pelakon cantik itu iaitu Dura Aiman memaklumkan Hannah Delisha akan berkongsi kenyataan media secara terperinci berkenaan perkahwinan mengejut itu.

Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi. Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.

Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit. Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas.

Majlis dihadiri keluarga

Tambah pengurus itu lagi, majlis pernikahan pasangan mempelai ini hanya diadakan dalam skala kecil dan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×