berita

Dah Ready Untuk Siri HUAWEI nova 7 yang terbaru? Nak Muat Turun Aplikasi Kegemaran Pun Lebih Mudah Dengan AppGallery!

June 12th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Siri HUAWEI nova, merupakan telefon pintar keluaran HUAWEI yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Ini kerana model nova tampil dengan kemasan yang trendy, tampak bergaya, mempunyai spesifikasi dan kamera yang beresolusi tinggi. Paling penting model ini dijual pada harga yang sangat berpatutan!

Berita baik untuk korang, HUAWEI bakal melancarkan satu lagi siri nova iaitu Siri HUAWEI nova 7, yang paling menarik perhatian ialah telefon pintar ini bakal menjadi telefon pintar 5G paling mampu milik di Malaysia kerana ia akan dijual pada harga RM 1000 keatas, bermula bermula 19 Jun 2020. Jom kita usha sikit apa yang menarik tentang HUAWEI nova 7 ni.

https://www.youtube.com/watch?v=133iwu7VTKI&feature=youtu.be

7 kelebihan Siri HUAWEI nova 7

1. Warna yang memukau

Hadir dengan 3 gaya warna laminasi yang berbeza iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.  Dengan rekaan terkini, kemasan Siri Huawei nova 7 ini akan memberikan warna yang berbeza mengikut pantulan cahaya. Gerenti korang jatuh cinta pandang pertamalah setiap kali tengok telefon pintar korang.

2. Nipis & ringan

Tampil dengan ciri minimalis bagi penggunaan software dan hardwarenya, Siri Huawei nova 7 ini bukan saja tampil dengan prestasi yang mengagumkan, ia juga kurang menggunakan ruang untuk pemprosesan, menghasilkan motherboard yang lebih kecil. Maka, telefon pintar menjadi lebih ringan dan mempunyai badan yang lebih nipis.

3. Dilengkapi dengan kamera 64 MP AI Quad

Tak lengkap ciri telefon pintar tanpa kameranya. Siri HUAWEI nova 7  tampil dengan kamera AI 64MP AI yang disokong oleh cip pemproses Kirin 820 dan kemampuan AI yang memberikan hasil fotografi berdefinisi tinggi dan berkualiti. Hasil gambar yang dirakam pada waktu malam juga lebih jelas dan kamera ini mampu merakam video dengan kualiti 4K.

Siri HUAWEI nova 7 turut dilengkapi dengan kamera depan 16MP menggunakan f/2.0 yang besar, aperture dengan ukuran piksel 1.0 um yang dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian ketika swafoto.

Kamera depannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk swafoto dengan cahaya yang rendah. Kebisingan (noise) pula dikendalikan dengan algoritma BM3D, sementara perincian ditingkatkan oleh penyusunan RAW pelbagai bingkai. Siri HUAWEI nova 7 hanya memerlukan 2 saat untuk kameranya merakan potret swafoto yang terbaik.

4. Fungsi Dual-View Mode Video terbaru

https://www.youtube.com/watch?v=mUBIbaVPRsU&feature=youtu.be

Siri HUAWEI nova 7 Series menyokong Dual View Mode Video yang memanfaatkan kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua bahagian secara serentak. Ini pastinya satu pengalaman baru untuk korang merakam video menggunakan telefon pintar.

5. Super Charge 40W

Dilengkapi dengan bateri 4000mAh yang besar dan HUAWEI SuperCharge 40W yang baru, Siri HUAWEI nova 7 membolehkan telefon korang dicas sehingga 70% dalam masa setengah jam je.

6. Telefon Pintar 5G Paling Mampu di Malaysia

Dengan jangkaan teknologi 5G bakal digunakan secara meluas menjelang suku ketika 2020 di Malaysia, Siri HUAWEI nova 7 merupakan peranti yang mampu menyokong teknologi baru ini. Walaupun dengan kemasan yang menarik, fotografi dan video berkualiti premium. Harga pasaran bagi telefon pintar ini ternyata mampu milik dan dijangka dijual pada harga RM1,000 keatas.

7. HUAWEI Share dan MEETime

Siri HUAWEI nova 7 mempunyai mempunyai pra muat turun MeeTime untuk menyokong panggilan video sehingga 1080p FHD antara peranti HUAWEI. Ia memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk mengoptimumkan kualiti apabila kurang pendedahan cahaya.

Dengan HUAWEI Share pula korang boleh berkongsi fail dengan seretan yang mudah pada peranti yang sedang digunakan.

Muat turun aplikasi dengan HUAWEI AppGallery

Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/681346489089049/

Tak perlu risau untuk up-to-date dengan aplikasi terkini, sebabnya semua aplikasi ni korang boleh muat turun dengan mudah di HUAWEI AppGallery. Kalau korang nak tau, HUAWEI AppGallery sangat selamat digunakan dan telah dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan.

Antara aplikasi yang korang boleh terokai di HUAWEI AppGallery adalah HUAWEI Browser, HUAWEI Assistant (news and AI assistant), HUAWEI Cloud Storage, HUAWEI Email, MeeTIME (panggilan video), HUAWEI Welink (Telekomunikasi App), HUAWEI Readers (Reading App), HUAWEI Quick App, HUAWEI Calendar, HUAWEI Music dan HUAWEI Video.

Terdapat juga aplikasi eksklusif yang ditawarkan oleh HUAWEI AppGallery iaitu HUAWEI Theme dan Member Center yang dapat memberikan korang pengalaman terbaik apabila menggunakan telefon pintar.

Selain itu, HUAWEI turut menambah baik tawaran aplikasi yang disediakan berbanding pesaingnya. Ini pastinya membuatkan korang tak menyesal bila memilih HUAWEI.

Antara aplikasi yang korang boleh temui ialah MeeTIME. Nak buat panggilan video kini mudah dengan perkongsian skrin yang lebih baik. Nak kongsi dokumen pula boleh guna HUAWEI Share, hanya dengan satu tap je.

Aplikasi HUAWEI Email pula memberikan fungsi yang lebih menyeluruh, termasuk Gmail, Outlook dan Yahoo Mail. Lagi senanglah korang nak mengakses emel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi.

HUAWEI Cloud Storage pula menawarkan percuma storan hingga 50GB untuk Google selama setahun, berbanding Google hanya menyediakan storan 15GB secara percuma.

Bagi penggemar video, korang tentu akan teruja dengan aplikasi HUAWEI Video yang memberikan akses premium percuma hingga tiga bulan, menerusi aplikasi video versi Web Youtube.

Terokai lebih banyak aplikasi dengan HUAWEI AppGallery

Tak lengkap hidup rasanya tanpa telefon pintar. Boleh dikatakan telefon pintar merupakan satu barangan keperluan untuk mencari maklumat, bersosial atau mengisi masa lapang dengan bermain permainan video.

Bagi memastikan korang merasai kepuasan yang sama ketika menggunakan telefon pintar, HUAWEI memastikan korang boleh memuat turun aplikasi kegemaran dengan mudah seperti aplikasi bersosial Whatsapp, Instagram dan Snapchat.

Korang juga boleh shopping online menerusi platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Carings. Kalau bosan, boleh layan video atau drama kegemaran korang di iflix, Viu atau DimSum.

Semua ni, korang boleh muat turun dengan mudah di HUAWEI AppGallery dengan menggunakan HUAWEI nova 7 SE korang nanti.

Rebut HUAWEI Point hanya dengan memuat turun aplikasi!

Bukan itu saja! Buat bakal pengguna siri HUAWEI nova 7, HUAWEI AppGallery akan beri ganjaran kepada korang setiap kali memuat turun aplikasi baru tau. Dengan menggunakan ID HUAWEI, korang boleh tebus ganjaran dan pek hadiah yang menarik di pusat hadiah HUAWEI AppGallery.

Selain tu, ada juga cabutan bertuah yang berterusan khusus buat korang untuk menang pelbagai hadiah menarik dan memastikan pengguna dapat nikmati kepuasan menggunakan HUAWEI AppGallery.

Dengan lebih daripada 390 juta pengguna bulanan di seluruh dunia, ia adalah gedung aplikasi ketiga terbesar di dunia dan berfungsi di mana-mana telefon pintar, tablet dan barangan HUAWEI.

Pindahkan data secara selamat dengan HUAWEI Phone Clone

Selalunya kalau bertukar ke telefon pintar yang baru, perkara yang paling leceh ialah nak pindahkan data. Kenapa nak susahkan diri kalau korang boleh gunakan fungsi HUAWEI Phone Clone? Korang boleh muat turun aplikasi ni secara percuma dari Google Play atau Apple Store.

Kemudian sambungkan telefon pintar korang untuk memindahkan kenalan, sistem pesanan ringkas (SMS), log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen dan aplikasi dari telefon lama ke telefon pintar HUAWEI baru korang dengan mudah dan selamat.

Korang tak perlu guna Wi-Fi atau data pun. Hanya perlu imbas kod QR atau sambungkan ‘hotspot’ telefon baru dan data telefon korang sedia untuk dipindahkan.

Pemindahan yang pantas ini boleh mencapai kelajuan sehingga 1GB per minit tau. Senanglah lepas ni nak transfer gambar, video, kenalan, dan fail lain dengan mudah dan selamat. Tak perlu nak serabut kena buat sambungan wayar.

Tak jumpa aplikasi kegemaran? Gunalah FindApps!

Memahami masalah pengguna yang kadang-kala sukar mencari aplikasi kegemaran untuk dimuat turun. Telefon pintar HUAWEI kini dilengkapi dengan FindApps yang berfungsi sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang diperlukan dan mengarahkan korang ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

FindApps boleh mencari aplikasi popular seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram, dan lain-lain. Kemudian membantu pengguna mencari aplikasi dengan menggabungkan beberapa sumber muat turun pihak ketiga seperti laman web rasmi aplikasi atau dalam AppGallery.

Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tapi kalau korang tak jumpa aplikasi tertentu, jangan risau kerana korang boleh selesaikan dengan memuat turun APK.

Pengguna boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan HUAWEI Browser, atau melalui kedai aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.

Tanda kalendar korang untuk dapatkan telefon pintar terbaru Siri HUAWEI nova 7!

Bakal memasuki pasaran Malaysia mulai 19 Jun 2020, jangan lupa set reminder untuk dapatkan Siri HUAWEI nova 7 korang sendiri.

Kalau korang nak mengetahui lebih lanjut mengenai Siri HUAWEI nova 7 ni, korang boleh terus klik di SINI.

Apapun Siri HUAWEI nova 7 ni memang berbaloilah untuk dimiliki, jadi jangan risau okay!

https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/videos/1395720550633132

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×