Industri seni Malaysia semalam dikejutkan dengan berita pemergian pelakon berbakat iaitu Ridzuan Hashim. Pemergian Allahyarham dipercayai berpunca akibat serangan jantung.
‘Dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya’
Terbaharu, anak Allahyarham iaitu Muhammad Dhanial meluahkan rasa terkilan kerana perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 20 Mei ini tanpa kehadiran bapa tercinta.
Menurut bekas isteri Allahyarham iaitu pelakon, Didie Alias memberitahu, Dhanial telah pun menyediakan tiket penerbangan dan baju untuk Allahyarham namun Allah SWT lebih menyayanginya.
Itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.
Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya.
Didie bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama keluarga tersayang sempena Aidilfitri baru-baru ini.
Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia.
Didie menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat penyayang terutamanya dengan anak-anak.
Sekadar info, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 dan bercerai pada 2002. Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Sumber: Harian Metro