berita

Dah Semangat Nak Berbuka Puasa Tapi Gigi Sensitif Menganggu? Guna Sensodyne Fresh Mint Ni Dulu!

May 6th, 2021 | by Azyan
Kesihatan & Hidup Aktif

Bila tiba bulan puasa ni selain dari korang teruja nak menjalankan amal ibadah, korang juga teruja nak makan macam-macam benda! Sebab ada menu yang ada ketika bulan ramadan sahaja. Jadi confirm-confirmlah korang taknak terlepas peluang makan semua yang korang dah idamkan selama setahun kan?

Lagi-lagi kalau tak boleh balik kampung. Dekat makanan jela korang boleh lepas rindu. Tapi masalahnya, gigi sensitif ni selalu kacau mood korang nak makan. Aduhaii…

Walaupun nampak remeh tapi masalah kebersihan mulut sebenarnya besar dan boleh mengakibatkan gigi sensitif pada diri sendiri. Korang mesti tercari-cari kalau ada ubat gigi yang boleh buat korang nikmati makanan dan juga mengurangkan sensitiviti pada gigi kan? Sensodyne Fresh Mint ni lah jawapannya!

Berus gigi di waktu malam dan selepas sahur dengan Sensodyne Fresh Mint!

Jangan biarkan gigi sensitif menghalang korang untuk menikmati makanan berbuka tu! Gosok gigi korang selepas berbuka dan selepas sahur dengan Sensodyne Fresh Mint ni. Confirm reda dan gigi korang akan dapat perlindungan yang berpanjangan.

Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan celah-celah gigi supaya sisa-sisa makanan selepas berbuka puasa dan setelah sahur dapat dibuang sebelum korang berpuasa seharian. Sisa-sisa makanan yang tinggal tu lah yang akan menyebabkan bakteria, seterusnya mengakibatkan mulut korang berbau!

Sensodyne Fresh Mint boleh membantu mengurangkan rasa ngilu dan ketidakselesaan pada gigi ketika makan. Berperisa pudina segar, ubat gigi ni akan membuatkan nafas korang berbau segar dan lebih bersih!

Jangan terburu-buru gosok gigi!

Menurut MyHealth, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, ambil masa seeloknya 2 hingga 3 minit untuk memberus gigi korang tapi jangan terlalu lama! Berus gigi termasuklah permukaan atas lidah. Perbuatan ini dapat mengurangkan jumlah kuman (bakteria) dan meningkatkan kebersihan mulut tau!

Confirm lepas ni keyakinan diri korang terus melonjak naik bila dah tak ada bau mulut. Confident je nak cakap dengan orang lepas ni!

*Rujukan: 1) MyHealth Portal

Tampil lebih yakin bulan Ramadan dan Raya ni!

Bila diri sendiri dah yakin, korang boleh ajak orang lain pulak untuk menjaga kebersihan mulut mereka! Tapi kalau simptom-simptom itu berpanjangan, korang digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor!

Korang boleh dapatkan Sensodyne Fresh Mint di Shopee ataupun di Lazada hari ni! Jom cuba dan dapatkan nafas segar berpudina!

SKIP THIS AD ×