berita

Dah Setahun Isteri Tak Nak Layan Nafsu Serakah, Pak Cik Roy ‘Ratah’ Anak Tiri Sampai Hamil 6 Bulan

February 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana si isteri enggan melakukan hubungan kelamin dengannya, seorang lelaki di Indonesia tergamak menjadikan anak tiri sebagai pemuas nafsu serakahnya.

Isteri tak layan, anak jadi mangsa puaskan nafsu

Suspek yang dikenali sebagai Roy Irawan, 40, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak tirinya berusia 17 tahun sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Julai, September dan Disember tahun lalu. Akibat perbuatan tersebut, mangsa kini sedang sarat hamil enam bulan.

Suspek yang mengaku akan perbuatannya itu mendakwa nekad berbuat demikian kerana isterinya enggan memberikan nafkah batin terhadapnya sejak tahun 2021 lagi. Difahamkan, wanita terbabit tidak mahu memiliki zuriat dan disebabkan itu, suspek tergamak melepaskan nafsu terhadap anak tirinya sendiri.

Menurut sumber, perbuatan keji itu dilakukan suspek ketika isterinya tiada di rumah dan perbuatan tersebut hanya terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan berasa mual. Mangsa kemudian dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa sedang berbadan dua. Mangsa akhirnya mengaku telah disetubuhi oleh bapa tirinya dan mendakwa selama ini dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut kerana diugut bunuh oleh suspek.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan dan jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Sumber: Indozone

SKIP THIS AD ×