Pasangan pengantin, Caprice dan Farra dilihat hadir di program Meletop, semalam. Menerusi program tersebut, pasangan ini berkongsi cerita bahawa mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun setengah yang lalu.
Dia sayang sangat dekat budak
Menurut Caprice, sepanjang tempoh jatuh bangun sebelum ini, Elis merupakan wanita yang sentiasa berada di sisinya, Bukan itu sahaja, Elis sentiasa memberi semangat dan sabar melayani kerenah Caprice sepanjang perkenalan mereka.
Saya rasa sudah tiba masanya saya berkahwin. Di saat saya jatuh teruk, Elis masih kekal dengan saya walaupun ramai dah menjauhkan diri dari saya. Padahal, Elis boleh tinggalkan saya juga. Kami dah berkawan sejah setahun lebih yang lalu.
Ujar Elis pula, Caprice seorang lelaki yang sangat menyayangi budak. Sebagai ibu tunggal, Elis berasa gembira apabila melihat Caprice berjaya menambat hati anaknya sehingga mereka sangat ‘attach‘ antara satu sama lain.
Saya kata ‘yes’ sebab dia sangat sayang anak saya. Selalu bawa anak saya beli mainan dan hubungan mereka sangat akrab. Dia tidak ‘fake’.
Berbicara mengenai perancangan untuk berkahwin dan kenapa tidak menghebahkan berita tersebut kepada umum, Caprice memberitahu dia lebih selesa merahsiakan mengenai hal tersebut. Ini kerana, dia tidak mahu ramai pihak yang masuk campur seandainya berita itu diumumkan awal.
Bila kita nak halalkan hubungan, mungkin ramai orang akan masuk campur kalau saya umum awal. Ujian kami kami tak viral pun macam-macam berlaku. Hampir nak runtuh kadang-kadang, kami cepat bangunkan balik.
Caprice ada ego dan baran
Menerusi temubual tersebut juga, Elis berkongsi bahawa suaminya itu adakala mempunyai sifat baran dan ego tersendiri. Sebagai isteri, Elis memberitahu bahawa dia terpaksa mainkan peranan dan sabar untuk bersama dengan Caprice.
Saya dapat sokongan daripada keluarga sendiri. Caprice seorang yang baik cuma, adakala dia baran dan mempunyai ego sendiri. Jadi saya kena bagi dia semangat dan sabar. Saya kena sokong dia sentiasa.
Disoal sama ada Caprice akan pergi ke Gaza semula ataupun tidak, pelantun suara ‘Kau Hade’ ini meluahkan hasrat untuk pergi lagi ke sana.
Saya nak buat sesuatu untuk Islam dan kali ini lebih baik saya buat secara senyap. Kesilapan saya pergi berdebat dengan orang Israel sebelum ini. Caprice punya tahap keyakinan sangat tinggi masa tu. Sebenarnya bila kita gaduh dengan mereka, kita sebenarnya dah kalah. Saya dah mendedahkan diri saya. Macam-macam jadi masa tu. Tapi saya rasa tak boleh kongsi. Lagipun, selama ini kita perjuangkan Palestin volume kita akan kuat, tapi bila kita semakin dekat volume tu semakin senyap. Saya trauma sehingga sekarang.
Sumber: Meletop