berita

Dah Terkenal Lepaskan Diri Je! – Diperli, Ini Kisah Motivasi Wak Doyok Mampu Bina Banglo Untuk Keluarga

March 1st, 2017 | by Wan
Kini Trending

ohbulanwakdoyok

Sebelum ini Wak Doyok pernah berkongsi dengan peminat foto rumah banglo yang dibina hasil titik peluh sendiri untuk diberikan kepada kedua ibu bapa. Walaupun dibina di kawasan yang agak sempit, ternyata rumah tersebut sangat cantik!

Artikel Berkaitan : Berkat Kerja Keras, Wak Doyok Berjaya Rumah Banglo Untuk Ibu Bapanya

Kali ini Wak berkongsi kisah jerih perih dihina dan diperli jiran tetangga sebelum berjaya membina rumah tersebut.

“Kesian mak kau”

Screen Shot 2017-03-01 at 11.23.05 AM

Sedikit kisah rumah lama aku. Rumah ini dibina oleh bapak aku dan atok aku mereka berdua yang membina nya dengan kos rm5,000 sahaja pada tahun 1973. Rumah ini semasa abang aku yang no6 dilahirkan. Aku ada 9 beradik semua aku yang bongsu sekali. Hari demi hari rumah ini pon menjadi usang sudah 40 tahun usia nya. 6 tahun dulu aku dan mak aku sering di perli oleh jiran2 kerana rumah aku sering banjir di dapur akibat rumah jiran2 membina baru tambak tanah yg tinggi.

Mereka sering berkata pada aku. Kasian mak ko tu buang air banjir, buat lah rumah dah femes lepaskan diri sendiri je. Aku diam tidak berkata apa2 hanya senyum sahaja. Mereka ingat jadi celebriti terus kaya.!Tidak semudah itu kalau tiada usaha masakan boleh capai bintang di langit. Lalu aku tekad dalam diri aku terus berusaha Alhamdulilah business aku semakin maju. Aku pon mula menabung untuk membina rumah mak dan ayah aku selama 4 tahun.

Gila ke robohkan rumah pusaka

Screen Shot 2017-03-01 at 11.23.12 AM

Apabila tiba masa nya aku mula merobohkan rumah itu. Ramai jiran2 saudara mara tidak berpuas hati mereka mengatakan aku orang gila merobohkan rumah pusaka. Sebab mereka tidak percaya mana datang nya modal untuk membina rumah. Aku diam tidak berkata apa2 hingga lah rumah itu siap 98%. Banyak issue selama 6 bulan pembinaan rumah ini. Mereka pandang aku sebelah mata sahaja tetapi aku buktikan yang aku mempu bina rumah untuk kedua orang tua aku.

Bila mana rumah ini sudah siap 98% hanya tingga pagar dan pool. ramai yang datang memgaku saudara. Aku terima hati yg terbuka kedatangan mereka tidak simpan sedikit pon dendam melihat perbuatan mereka dulu. Siapalah aku untuk menghukum mereka bagi aku yg baik dtg nya dari Allah. Itulah sedikit sebanyak kisah cherita disebalik rumah lama aku ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber : Wak Doyok

SKIP THIS AD ×